Followers

Sunday, May 24, 2015

Telco setuju turunkan tarif, kata Shabery


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini mengumumkan Kabinet bersetuju supaya kad tambah nilai prabayar telefon yang dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan. –

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini mengumumkan Kabinet bersetuju supaya kad tambah nilai prabayar telefon yang dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan. –

Syarikat telekomunikasi (telco) setuju menurunkan tarif tambah nilai kad prabayar telefon bimbit sejajar dengan kehendak rakyat, lapor Sinar Harian hari ini, memetik Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, keputusan itu dibuat susulan saranannya sebelum ini yang meminta telco menurunkan tarif perkhidmatan mereka bagi mengimbangi kesan pengenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas pengguna.

"Saya menyambut baik pengumuman syarikat telekomunikasi untuk turunkan tarif mereka. Ini merupakan langkah baik bagi memenuhi kemahuan rakyat.

"Saya harap ia dapat dilaksanakan dalam tempoh dijanjikan," beliau dipetik berkata.

Shabery sebelum ini berkata, pengguna kad tambah nilai prabayar perlu faham yang dengan membayar GST, akan meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi.

"Kita tidak hanya melihat keperluan pengguna dari segi kemampuan mampu miliknya, tetapi juga perkhidmatan.

"Apa guna murah tetapi panggilan putus, tidak ada 3G, tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp.

"Kerana itu, tanggungjawab telco mempertingkatkan perkhidmatan," beliau dilaporkan berkata.

Pada 13 Mei, Shabery mengumumkan Kabinet bersetuju supaya kad tambah nilai prabayar telefon yang dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan.

Keputusan itu bagaimanapun akan hanya dilaksanakan dalam masa 6 bulan.

Sinar Harian hari ini juga melaporkan, kerajaan dengan kerjasama sektor swasta membelanjakan lebih RM100 bilion sejak 1990-an semata-mata bagi meningkatkan akses perkhidmatan telekomunikasi kepada rakyat.

Katanya, dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang diumumkan Khamis lepas, setiap kawasan di bandar diberi akses internet dengan kelajuan 100 megabait sesaat dan kawasan luar bandar sebanyak 20 megabit sesaat.

"Ini arahan besar. Kegagalan bukan satu pilihan. Maka akses jalur lebar penting menuju negara maju," katanya. – 24 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


 "TERIMA KASIH DS SHABERY CHIK KERANA TELAH BERUSAHA UNTUK MENYAKINKAN PIHAK TELCO UNTUK MENURUNKAN CHARGE PRA BAYAR TELEFON BIMBIT."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.