Followers

Monday, May 4, 2015

Tangkap Orang Yang Langgar Ayah Saya, Kata Firuza Amira Kepada Zahid Hamidi

 


KUALA LUMPUR: "Tangkap orang yang langgar ayah saya," kata adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika melawat anak malang ini di kediaman nenek mereka di Taman Batu Muda, Batu Caves..

Nur Firuza Amira yang berumur tujuh tahun kini masih dalam keadaan sedih selepas kehilangan insan tersayang iaitu ayah,ibu dan adik bongsunya yang terlibat dalam kemalangan di lebuhraya DUKE awal pagi sabtu lepas.

Dia dan adiknya Nur Firuza Aqila,4, kini tinggal bersama neneknya dan adik bongsu mangsa Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25 yang dipertanggungjawabkan menjaga syarikat dan anak-anak ini.




Jangan ingat boleh lepas

Kuala Lumpur: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan untuk memastikan individu yang menjadi punca kematian tiga beranak dalam satu kemalangan di Lebuhraya DUKE dihadapkan segera ke muka pengadilan.

Menurutnya, walaupun terdapat kenyataan di mana ahli kelab Familia MyVi Club (FMC) mempunyai orang dalam, beliau turut menjamin kes berkenaan akan diadili dengan telus.

"Jangat ingat ada orang dalam, individu terbabit boleh terlepas. Polis tidak akan menutup kes ini dengan mudah walaupun terdapat keterangan yang bercanggah daripada suspek dan saksi utama.

"Kalau saya dapati ada penglibatan orang dalam sekalipun, orang itu juga akan diambil tindakan tegas," katanya semasa menziarahi keluarga mangsa di kediamannya di Taman Batu Muda, di sini, tadi.

Insiden pada 1 pagi pada Sabtu lalu itu dikaitkan dengan tindakan enam kereta Perodua Myvi yang berlumba di lebuh raya itu sebelum merempuh pacuan empat roda model Pajero dinaiki tiga mangsa itu.

- hmetro.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.