Followers

Monday, May 4, 2015

Kami tak ambil duit GST- Muhyiddin Yassin Mohamad Fadli


Dana itu digunakan untuk memberi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan pelbagai bantuan kebajikan lain.

muhyidin guna cara yang betul

ROMPIN: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa bahawa hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan semula kepada rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dana itu digunakan untuk memberi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dan pelbagai bantuan kebajikan lain.

“Kita kumpul (hasil GST) dan esok kita akan bagi balik dan mungkin kita akan tambah BRIM, bantuan-bantuan lain,” katanya di Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Semai Bakti Felda Keratong 4 pada Isnin.

Muhyiddin berkata, rakyat tidak perlu risau kerana hasil kutipan GST bukan untuk kegunaan beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau Menteri Kabinet lain.

“Saya, Perdana Menteri, dan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak ambil GST,” tegasnya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.