4 MEI 2015
“Ops Hitam 505” untuk menolak GST, pilihanraya kotor
dan negara polis
Gabungan
untuk Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) melancarkan “Ops
Hitam 505” di seluruh negara pada 5hb Mei 2015 (Selasa), ulangtahun
kedua Najib Razak dikekalkan di Putrajaya oleh Suruhanjaya Pilihanraya
(SPR) sebagai kerajaan minoriti sungguhpun ditolak oleh 53% pengundi.
Kami
memohon kepada semua rakyat Malaysia supaya berpakaian hitam atau
memasangkan ribbon atau kain hitam di kenderaan, bangunan atau benda
peribadi pada 5hb Mei 2015, sebagai tanda menolak provokasi angkuh
Kerajaan Minoriti Najib kepada rakyat dengan tangkapan, tahanan dan
gangguan terhadap para pemimpin dan peserta perhimpunan aman pada 1hb
Mei di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.
Rakyat
mesti menjawab penindasan dengan penentangan. Kalau tidak, kehidupan
rakyat akan semakin susah dizalimi oleh kezaliman Kerajaan Minoriti
Najib, polis dan SPR.
“Ops
Hitam 505”, selain tanda solidariti dengan meraka yang menjadi mangsa
penganiayaan polis, juga mewakili tiga tuntutan rakyat yang berikut:
(a) Pemansuhan Cukai barangan dan perkidmatan (GST);
(b) Penghapusan
penipuan dalam pilihanraya terutamanya “Pembahagian Tidak Sekata”
(Malapportionment) dan “Persempadanan Tidak Adil” (Gerrymandering) dalam
Persempadanan semula kawasan pilihanraya di Sarawak, Sabah dan
Semenanjung supaya tidak wujud lagi kerajaan minoriti;
(c) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa dan pempolitikan polis.
Kami
berharap bahawa esok seluruh rakyat akan mewujudkan suatu lautan hitam
di setiap perusuk negara, terutamanya di Permatang Pauh dan Rompin di
mana rakyat berpeluang menyatakan pendirian dengan kertas undi, untuk
menunjukkan penolakan rakyat terhadap GST, pilihanraya yang kotor dan
negara polis.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.