Followers

Wednesday, May 20, 2015

Sirul keluar Malaysia secara sah- Zahid Hamidi - Ranjeet Muthukumar

 
Zahid-Hamidi_sirul_600

Dia meninggalkan negara ini sebelum Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya yang telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu.

PETALING JAYA: Bekas anggota elit polis, Koperal Sirul Azhar Umar keluar dari Malaysia dengan keluar kebenaran mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, Sirul yang kini ditahan di Australia meninggalkan negara ini sebelum Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya yang telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu.

“Koperal Sirul telah dibenarkan untuk meninggalkan negara atas kebenaran mahkamah.

“Selaras dengan peruntukan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen 1959/63, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak akan menghalang seseorang yang hendak keluar atau masuk negara jika nama seseorang itu tidak tersenarai dalam senarai syak Jabatan dan juga memenuhi syarat,” katanya melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani Patoo.

Kasthuriraani meminta Zahid menjelaskan bagaimana Sirul dapat melarikan diri merentasi sekatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Imigresen Malaysia menaiki penerbangan dan selamat mendarat di Australia memandangkan hukuman gantung telah dijatuhkan ke atas beliau.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 38, dan Sirul Azhar dengan alasan Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Justeru, hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul yang diputuskan Mahkamah Tinggi sebelum itu kekal

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.