Followers

Thursday, May 21, 2015

Terima kasih Azmin kerana prihatin- Lau Weng San Faiz Zainudin

 
azmin-dap-mp

Lau Weng San menafikan perkataan 'lengkap' yang digunakan untuk membandingkan pentadbiran Mohamed Azmin Ali dengan mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merujuk kepada 'cekap'.

PETALING JAYA: Wakil Rakyat DAP Selangor, Lau Weng San memuji keprihatian Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali terhadap isu yang telah dibangkitkannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunku, berkata beliau telah menerima panggilan telefon daripada Azmin dan Setiausaha Politik Menteri Besar berhubung soalan yang telah dikemukakannya.

“Menteri Besar telah memaklumkan bahawa beliau telah mengarahkan Pegawai Kewangan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk mempercepatkan pemprosesan maklumat berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Menteri Besar dan pejabatnya kerana prihatin dengan isu yang dibangktikan. Maka saya akan menunggu jawapan daripada pegawai-pegawai yang berkenaan,” katanya.

Weng San berkata, dia berterima kasih kasih di atas keprihatinan Pejabat Menteri Besar Selangor dan akan menunggu jawapan daripada pegawai kerajaan negeri yang berkenaan.

Dia juga menafikan perkataan ‘lengkap’ yang digunakan untuk membandingkan pentadbiran Azmin dengan mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merujuk kepada ‘cekap’.

“Saya pernah membangkitkan perkara yang hampir sama dalam sidang DUN pada Mac 2012 dan jawapan yang saya terima pada masa itu adalah lebih lengkap.

“Namun begitu, perkataan ‘lengkap’ tidak boleh disama-ertikan dengan maksud atau perkataan ‘cekap’. Lebih-lebih lagi, saya tidak bermaksud bahawa pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim lebih cekap hanya kerana jawapannya lebih lengkap,” katanya.

Weng San meminta maaf kerana laporan itu telah menimbulkan perselisihan pendapat yang tidak diingini.

Pada Isnin lalu, Weng San atas kapasiti sebagai Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) dilaporkan mengkritik pentadbiran Azmin kerana lambat memberi jawapan terhadap soalan yang dikemukakan dalam Dewan Negeri Selangor pada Mac lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.