Followers

Wednesday, May 20, 2015

Kenyataan ‘flip-flop’ Najib bukti 1MDB tiada aset tunai FMT Reporters

 
najib crack
Kenyataan Najib yang tidak konsisten memberi bayangan bahawa syarikat 1MDB yang membuat pelaburan di Pulau Cayman itu sebenarnya tidak lagi mempunyai aset tunai yang disimpan di BSI.

KUALA LUMPUR: Kenyataan-kenyataan yang tidak konsisten mengenai syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi gambaran bahawa syarikat itu tidak lagi mempunyai aset tunai berjumlah AS1.1 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengeluarkan fakta berbeza-beza setiap kali diminta memberi kenyataan tentang 1MDB telah membawa kepada kesangsian jika 1MDB masih memiliki aset tunai.

“Pada 10 Mac misalnya, Najib dalam satu jawapan bertulis menyatakan bahawa baki dana pelaburan syarikat 1MDB di Pulau Cayman sebanyak AS1.103 bilion telah ditebus dalam bentuk wang tunai dan masih disimpan dalam mata wang AS Dolar di Bank Limited Singapore (BSI Singapore).

“Namun, pada 19 Mei dalam satu jawapan bertulis pula, Najib yang juga Perdana Menteri menyatakan baki pelaburan yang telah ditebus oleh syarikat 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang AS Dolar dan bukan lagi dalam bentuk wang tunai,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee.

Menurutnya, kenyataan ‘flip-flop’ Najib jelas memberi bayangan bahawa syarikat yang membuat pelaburan di Pulau Cayman itu sebenarnya tidak lagi mempunyai aset tunai yang disimpan di BSI.

“Aset itu adalah dalam bentuk kertas, tapi bukannya lagi dalam bentuk wang tunai. Kenyataan itu adalah pengakuan bahawa 1MDB tidak lagi miliki wang tunai sebanyak AS1.1 bilion dolar di BSI.

“Bahkan, nilai aset yang disimpan juga langsung tidak diketahui,” ujarnya.

Kata Tony lagi, semua kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib berhubung pemilikan wang tunai oleh syarikat 1MDB adalah tidak benar dan jelas menipu rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.