Followers

Wednesday, May 20, 2015

MEPS kurangkan caj transaksi kepada 50 sen - FMT Reporters


MEPS_600
Selain pengurangan caj transaksi, had pindahan juga akan dinaikkan daripada RM5,000 ketika ini.
kepada RM10,000 pada 30 Jun, 2015 dan dinaikkan lagi kepada RM30,000 pada awal tahun depan.

KUALA LUMPUR- Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS), penyedia rangkaian antara bank menetapkan siling bagi caj perkhidmatan Pemindahan Dana Antara Bank (IBFT) pada 50 sen setiap transaksi.

Caj baharu yang dijadual akan dilaksana berkuatkuasa 1 Jun 2015 ini adalah bagi transaksi di ATM, Internet dan saluran Perbankan Mudah Alih oleh semua bank yang menyertai perkhidmatan MEPS.

Selain pengurangan caj transaksi, had pindahan juga akan dinaikkan daripada RM5,000 ketika ini kepada RM10,000 pada 30 Jun, 2015 dan dinaikkan lagi kepada RM30,000 pada awal tahun depan.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Zulkanain Kassim dalam satu kenyataan media berkata, ia sebagai langkah yang bakal memudahkan orang ramai khususnya ahli perniagaan.

“Pelanggan runcit, komersial dan korporat, termasuk PKS akan mendapat manfaat yang besar daripada pengurangan caj dan kenaikan had pindahan itu,” katanya.

Inisiatif terkini MEPS itu merupakan insentif kepada orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan pemindahan dananya yang selamat, mudah dan pada tepat masa.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim pula berkata industri pembayaran mula membuat lonjakan yang signifikan, dengan pelaksanaan pengurangan caj IBFT dan penyelarasan siling fi oleh MEPS.

“BNM mengalu-alukan inisiatif proaktif itu oleh institusi kewangan dan organisasi seperti MEPS untuk memacu peralihan kepada pembayaran elektronik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.