Followers

Wednesday, May 20, 2015

Tidak wajar syarikat tanggung GST, kata Shabery FMT Reporters

 
Ahmad-Shabery-Cheek_gst_600

GST merupakan cukai kepenggunaan dan mengharapkan pihak industri menanggung cukai itu akan memberi isyarat tidak baik kepada pelabur luar.

PETALING JAYA: Meminta pihak syarikat menyerap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah bertentangan dengan prinsip cukai kepenggunaan itu perkenalkan, kata Datuk Seri Shabery Cheek.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, ia juga bukan isyarat yang baik kepada syarikat terutama kepada pelabur luar sekiranya mereka terpaksa menanggung GST.

“Saya tidak bertujuan untuk membela syarikat telco namun kita kena kembali kepada prinsip GST adakah ia mesti ditanggung oleh syarikat kerana GST adalah cukai kepenggunaan.

“Saya rasa ia bukan isyarat yang kita mahu berikan kepada industri di negara ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Titiwangsa (BN),Datuk Johari Abdul Ghani di Dewan Rakyat pada Rabu Rabu.

Shabery berkata, kerajaan bagaimanapun akan mencari jalan untuk menambahbaik GST seperti di negara lain yang telah lama melaksanakan cukai itu.

“Tidak adil bila seorang pengguna beli kad isian semula telefon bimbit berharga RM10, bermakna mereka hanya memindahkan nilai wang kepada digital dalam sistem telefon mereka, perkhidmatan belum lagi digunakan oleh pengguna waktu tersebut, oleh itu tidak wajar kerajaan kenakan GST hanya membeli kad tersebut.

“Jadi kita cari formula bila mereka beli kad, diaktifkan tetap dapat RM10, GST dikenakan bila ia digunakan dan ini sama seperti mereka yang gunakan kad ‘touch n go’, bila bayar parking baru dikenakan GST,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga telah meminta telco menurunkan kadar tarif sebagai timbal balik GST yang dibayar rakyat dan mendapat nilai bercakap serta nilai penggunaan lebih kurang sama seperti sebelum GST.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.