Kenapa perlu membayar sewa kepada diri sendiri untuk menggunakan harta tanah yang dimiliki sendiri sejak sekian lama?
Putrajaya didakwa membayar sewaan kira-kira RM5.77 bilion lebih dua tahun setengah untuk menggunakan 186 bidang tanah yang sudah dimiliki.
Dan ia dikatakan akan terus membayar keseluruhan RM23.4 bilion lagi untuk 12 tahun akan datang.
Penerimanya dikatakan Pembinaan PFI Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang kurang diketahui.
“Ini macam transaksi saku kiri ke saku kanan,” kata anggota Parlimen Kulim dan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dalam taklimat media sebelum ini.
Perjanjian aneh ini muncul daripada pelaksanaan inisiatif kewangan swasta (PFI) yang mula-mula diumumkan oleh perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.