Followers

Monday, May 11, 2015

Sedarlah Umno, Rompin dan Permatang Pauh sudah beri ‘isyarat’ berjaga-jaga - Nur Jazlan

Datuk Nur Jazlan Mohamed is a three-term MP for Pulai, three-term Umno Pulai Divison Chief and the new PAC chairman. Apart from being in the new politics, he also writes for The Malaysian Insider while debating other matters at www.nurjazlan.net

Published: 11 May 2015

Tahniah kepada Datuk Hasan Ariffin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas dua calon veteran yang berusia 60 tahun ke atas, masing-masing mencatatkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

Nampaknya, pengundi di Rompin dan Permatang Pauh jelas memberikan isyarat calon muda yang ditampilkan PAS di Rompin, Nazri Ahmad, 40, dan Suhaimi Shabudin, 44, daripada Barisan Nasional (BN) tidak semestinya menjadi kriteria utama dalam memilih wakil rakyat di kawasan majoriti Melayu luar bandar.

Apa yang pasti kedua-dua PRK ini yang dilangsungkan selang sehari antara satu sama lain, sekurang-kurangnya dapat memberikan gambaran kepada parti pemerintah dan pembangkang mengenai sikap dan pendirian masyarakat Melayu luar bandar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Begitu pentingnya PRK Rompin dan Permatang Pauh ini kepada Umno jelas terlihat apabila ia dikemudikan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat pusat manakala tiga naib presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut sama bertanggungjawab secara langsung terhadap kedua-dua PRK ini.

Sudah pasti keputusan PRK Rompin dan Permatang Pauh perlu dipikul empat pemimpin tertinggi Umno ini dan tiada yang boleh menyalahkan satu sama lain kerana strategi yang digunakan dibincang dan diteliti keempat-empat mereka.

Namun selepas pengumuman keputusan pada hari Selasa lalu di Rompin dan hari Khamis kemudiannya di Permatang Pauh, pastinya pimpinan Umno perlu kembali ke “drawing board” dalam merencanakan semula strategi menawan hati pengundi Melayu luar bandar yang selama ini dilaungkan dengan penuh kemegahan sebagai simpanan tetap parti pra merdeka ini.

Jumlah undi yang diperoleh calon PAS dalam PRK Rompin seharusnya menggusarkan pimpinan tertinggi Umno kerana ia membuktikan sokongan kepada parti Islam itu yang jelas bersendirian berjuang di Rompin tanpa sokongan rakan-rakan pembangkang, tidak terjejas.

Calon PAS dalam PRK Rompin kali ini hanya kekurangan 25 undi sahaja untuk menyamai apa yang diperoleh calon parti itu dalam PRU13 lalu apabila memperoleh 14,901 undi berbanding 14,926 undi.

Saya cukup bimbang dengan jumlah undi yang diperoleh rakan saya, Hasan yang jelas merosot berbanding apa yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis walaupun ramai pimpinan tertinggi Umno menyatakan penurunan pengundi yang keluar mengundi menjadi penyebab utama mengapa Hassan gagal mencatatkan jumlah dan majoriti undi lebih besar.

Sebenarnya, faktor peratusan pengundi yang merosot kepada 12% dalam PRK Rompin, bukan faktor utama mengapa BN gagal mencapai majoriti lebih besar dan ia adalah sesuatu yang begitu menggusarkan memandangkan kebiasaannya pengundi perlu mempunyai rasa simpati terhadap khidmat arwah Jamaluddin yang sudah berkhidmat enam penggal di sana.

Tetapi ia tidak berlaku Selasa lalu di Rompin yang jelas kelihatan tiada sentimen simpati daripada lebih 50,000 pengundi Parlimen itu bagi memberikan mandat lebih besar kepada bekas timbalan menteri besar Pahang yang sebenarnya, bukan muka asing kepada masyarakat Rompin.

Seperti biasa, ramai pimpinan Umno dan BN terus berada dalam sindrom penafian diri (self denial) tanpa mahu menunjukkan kebimbangan betapa PRK Rompin dan Permatang Pauh menghantar isyarat jelas daripada masyarakat Melayu luar bandar ke PWTC dan Putrajaya yang Umno dan kerajaan BN perlu segera merumuskan strategi baru.

Sikap penafian diri serta sambil lewa seperti inilah yang tidak menjadi “wake up call” kepada jentera Umno hingga membuatkan mereka sentiasa berada dalam keadaan selesa kerana sering percaya Umno akan terus menjadi kerajaan pemerintah.

Kelemahan jentera BN dalam PRK Rompin yang begitu selesa serta sambil lewa kerana beranggapan Parlimen itu adalah kubu kuat Umno memberikan padah dan kekuatan kepada Pas untuk berjuang bersendirian dengan melontarkan isu-isu yang begitu dekat di hati pengundi Rompin.

Walaupun, jentera BN dan Umno cuba menjarakkan diri dengan isu yang menyelubungi Putrajaya dengan tidak menampilkan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak seperti yang berlaku dalam PRU 13 lalu, ia ternyata tidak membantu menaikkan undi yang diperoleh Hasan.

Malah, PAS jelas berjaya memanipulasi isu yang melanda FGV selain cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di kalangan peneroka Felda khususnya generasi kedua, sekali gus meningkatkan undi pengundi muda di kawasan tanah rancangan itu.

Pengumuman Najib yang menurunkan harga rumah untuk generasi kedua peneroka Felda empat hari sebelum pengundian berlangsung sebagai satu strategi Umno juga langsung tidak memberikan kesan kepada peneroka Felda dan ia juga petanda Umno akan berdepan dengan masalah besar menjelang PRU 14 bagi terus memastikan undi peneroka Felda berpihak kepada parti.

Jika di Rompin, kita melihat kerajaan BN vs PAS, senario jelas berbeza pula dilihat di Permatang Pauh yang menyaksikan kerajaan BN vs kerajaan Pakatan Rakyat (PR) – Pulau Pinang dan Selangor – dengan isu lebih tertumpu kepada serangan terhadap pentadbiran antara kedua-dua kerajaan ini.

Kehilangan PAS ketika berkempen di Permatang Pauh tidak banyak memberikan kesan kepada pengundi di Permatang Pauh yang sebenarnya sudah memberikan isyarat jelas, mereka akan terus mempercayai keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Serangan berbentuk peribadi terhadap Dr Wan Azizah tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap PKR kerana pengundi di Parlimen itu jelas bersimpati dengan apa menimpa Anwar.

Selain itu, isu-isu nasional yang dimainkan pembangkang terus gagal ditangani dengan baik jentera BN dan Umno yang terus bersifat “defensive” dan gagal menyerang PR terutama sekali berkaitan dengan kelemahan pentadbiran kerajaan PR di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Pelbagai ingatan dan kenyataan diberikan barisan menteri Kabinet Putrajaya bagi meyakini pengundi Permatang Pauh untuk memberikan kepercayaan kepada calon BN jelas gagal menarik sokongan mereka.

Pertelagahan yang berlaku antara pimpinan PAS dan PKR serta DAP ketika berkempen juga bukan menjadi faktor utama kepada pengundi Permatang Pauh untuk beralih arah kepada BN dan Umno.

Tidak dinafikan bom “atom” yang digugurkan berkemungkinan pakar strategi PR berhubung pembelian tanah 1Malaysian Development Berhad (1MDB) di Kuala Lumpur oleh Tabung Haji, dua hari sebelum pengundian Permatang Pauh sebenarnya, sedikit sebanyak turut menyumbang kepada peralihan pengundi atas pagar daripada BN kepada PR.

Rakyat kini semakin celik termasuk pengundi di kawasan luar bandar dengan mula mempercayai pelbagai isu melanda kerajaan BN terutama berkaitan rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan.

Banyak yang perlu dilakukan PWTC dan Putrajaya jika melihat kepada isyarat daripada Rompin serta Permatang Pauh dengan masa yang begitu suntuk sebagai persediaan menghadapi PRU14.

PR kini sudah boleh tersenyum dan mengetahui apa yang perlu dilakukan bagi menarik sokongan pengundi di kawasan luar bandar terutama orang Melayu di kawasan Felda yang sudah pasti berbelah bahagi melihat kepada segala masalah yang melanda FGV.

Pada masa sama, PR juga sudah pasti melakar strategi untuk menembusi tiga negeri utama yang menjadi kubu kuat BN dan Umno iaitu Johor, Sabah dan Sarawak dengan berbekalkan isu yang menjadi tarikan kepada pengundi di tiga negeri ini.

Umno pula tidak boleh lagi melihat strategi untuk berbaik dengan PAS jika menyokong hukum hudud ciptaan parti itu bagi menarik sokongan pengundi Melayu di kawasan luar bandar.

PAS sudah menunjukkan “belang” mereka dengan bertindak membelakangkan rakan-rakan pembangkang untuk berjuang sendirian dan jika Umno merasakan “persahabatan” dengan PAS akan menjamin kemenangan PRU14, ia hanya akan memberikan padah kepada parti ini.

Segala-gala yang tersurat dan tersirat dalam PRK Rompin serta Permatang Pauh, tidak memihak kepada BN serta Umno dalam melangkah masuk ke dalam gelanggang PRU 14 dan sebenarnya parti pemerintah ini, memerlukan wajah serta strategi baru selepas tidak boleh lagi bersandarkan kepada kepopularan Najib seperti yang dilakukan ketika PRU 13 lalu.

Mahu tidak mahu, butang “reset” perlu ditekan pimpinan Putrajaya dan PWTC bagi merencanakan semula strategi baru menjelang PRU 14 dengan bersandarkan apa yang sebenarnya dimahukan pengundi serta selera mereka dalam tempoh tiga tahun ini.

Isu-isu yang menyelubungi pentadbiran serta peribadi pemimpin juga perlu ditangani dan dilenyapkan dengan segera bagi meyakinkan rakyat BN serta Umno benar-benar pilihan terbaik buat mereka dalam terus menerajui Malaysia.

Jika semua ini gagal dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang, tidak mustahil apa yang diramalkan Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi kenyataan pada PRU14 nanti dan Umno di bawah pimpinan Najib perlu membuktikan ramalan Dr Mahathir itu hanyalah cakap-cakap kosong semata-mata.

Sedarlah wahai Umno dan pimpinannya, dengan peratusan keluar mengundi yang rendah dalam kedua-dua PRK ini, keputusan diperoleh tidak jauh berbeza dan janganlah kita berasa terperanjat dalam PRU 14 nanti apabila peratusan mengundi yang tinggi tetapi keputusannya memihak kepada PR jika jentera dan pimpinnnya Umno dan BN terus leka sepanjang tiga tahun ini. – 11 Mei, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nur-jazlan.

Sedarlah Umno, Rompin dan Permatang Pauh sudah beri ‘isyarat’ berjaga-jaga

Tahniah kepada Datuk Hasan Ariffin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas dua calon veteran yang berusia 60 tahun ke atas, masing-masing mencatatkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.
Nampaknya, pengundi di Rompin dan Permatang Pauh jelas memberikan isyarat calon muda yang ditampilkan PAS di Rompin, Nazri Ahmad, 40, dan Suhaimi Shabudin, 44, daripada Barisan Nasional (BN) tidak semestinya menjadi kriteria utama dalam memilih wakil rakyat di kawasan majoriti Melayu luar bandar.
Apa yang pasti kedua-dua PRK ini yang dilangsungkan selang sehari antara satu sama lain, sekurang-kurangnya dapat memberikan gambaran kepada parti pemerintah dan pembangkang mengenai sikap dan pendirian masyarakat Melayu luar bandar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Begitu pentingnya PRK Rompin dan Permatang Pauh ini kepada Umno jelas terlihat apabila ia dikemudikan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat pusat manakala tiga naib presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut sama bertanggungjawab secara langsung terhadap kedua-dua PRK ini. Sudah pasti keputusan PRK Rompin dan Permatang Pauh perlu dipikul empat pemimpin tertinggi Umno ini dan tiada yang boleh menyalahkan satu sama lain kerana strategi yang digunakan dibincang dan diteliti keempat-empat mereka.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nur-jazlan/article/sedarlah-umno-rompin-dan-permatang-pauh-sudah-beri-isyarat-berjaga-jaga#sthash.et0EUbbo.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.