Followers

Monday, May 11, 2015

PAS, Hadi setuju Wan Azizah jadi ketua pembangkang OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

 

Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, ahli jawatankuasa PAS Pusat bersetuju untuk presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi ketua pembangkang.

Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, ahli jawatankuasa PAS Pusat bersetuju untuk presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi ketua pembangkang.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima persetujuan sebulat suara dari ahli jawatankuasa PAS Pusat untuk dipilih sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar.

Ketua penerangan PAS itu berkata, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu lalu.

“Kami sebulat suara malah cadangan yang dibuat tuan guru presiden untuk menyerahkan kepada parti yang mempunyai majoriti. Parti yang mempunyai majoriti iaitu DAP.



“Kami juga berbincang kerana DAP secara umumnya menyatakan pendirian bersetuju menyerahkan kepada PKR, Dr Wan Azizah maka kami bersetuju atas keputusan yang dibuat untuk bersama pendirian Pakatan Rakyat (PR) memilih PKR dan presidennya untuk menjadi ketua pembangkang,” katanya pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Minggu lepas Dr Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam satu pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Semasa kemelut menteri besar Selangor, Hadi secara terbuka menentang pencalonan Dr Wan Azizah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disingkirkan PKR untuk memimpin negeri terkaya itu. – 11 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.