Followers

Wednesday, May 6, 2015

Polis siasat parti kempen lewat malam Adam Abu Bakar

Zack Ahmad's photo.

SPR telah membuka tujuh kertas siasatan mengenai aduan kempen lewat malam dari rumah ke rumah oleh parti yang bertanding di PRK Permatang Pauh

hashim-abdullah-prk-permata

PERMATANG PAUH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan pihaknya mendapat banyak aduan mengenai parti yang berkempen dari rumah ke rumah selepas jam 10 malam.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menyatakan sehingga ke hari ini, sebanyak tujuh kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat perkara tersebut kerana ia jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Walaupun pegawai SPR dan polis ditempatkan bertugas di merata tempat, namun disebabkan kawasan berkempen yang luas, perkara itu agak sukar dibendung secara menyeluruh.

“Bahkan, ia juga menyukarkan kami untuk mengenal pasti siapa yang bersalah,” ujarnya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan kotak undi, di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.

Bagaimanapun, Mohd Hashim tidak menamakan parti yang telah melanggar akta tersebut.

Katanya lagi, perkara tersebut telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, mendakwa pihaknya memperoleh maklumat daripada sumber menyatakan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO telah mengubah strategi kempen bagi menghadapi PRK Permatang Pauh ini.

Rafizi mendakwa, BN telah menjalankan lawatan rumah ke rumah selepas jam 10 malam.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/…/polis-siasat-parti-kem…/…

Polis siasat parti kempen lewat malam

 | May 6, 2015

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/06/polis-siasat-parti-kempen-lewat-malam/#sthash.9Jf9cPAI.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.