Followers

Wednesday, May 6, 2015

Peluang kedua: KJ dan Marina Mahathir bantah FMT Reporters


Zack Ahmad's photo.

Khairy dan Marian tidak setuju pelajar Nur Fitri yang kini menjalani hukuman penjara bersabit kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London diberi peluang kedua.

Nur Fitri Azmeer Nordin

PETALING JAYA : Khairy Jamaluddin tidak setuju Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberi peluang kedua kepada pelajar Nur Fitri Azmeer Nordin yang sedang menjalani hukuman penjara bersabit kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London.

Menteri Belia dan Sukan itu berharap MARA tidak membazirkan wang rakyat dengan memberi peluang kedua kepada pelajar terbabit.

“Selepas menjalani hukuman penjara dan pemulihan yang panjang ‘paedo’ boleh usahakan peluang kedua by himself. Tak perlu tajaan MARA etc,” tulisnya di Twitter yang menggunakan hastag ‪#‎NoSecondChance‬,

Dalam pada itu, aktivis hak asasi manusia Datin Marina Mahathir turut menyindir tindakan MARA.
“Kepada MARA, apa jenis ‘pelajar contoh’ yang mempunyai masa dan niat untuk memuat turun dan menyimpan 30 ribu imej kotor?

“Jika seorang paedophile ditangkap di Malaysia, undang-undang Kanun Keseksaan mengenakan hukuman yang lebih berat daripada apa yang dia lalui sekarang. Jika dia sabit kesalahan,” katanya yang menggunakan hastag ‪#‎keeppaedophilesawayfromourkids‬.

Ahli Majlis Mara, Nazir Hussin Akhtar Hussin dilaporkan berkata pihaknya sedia memberi peluang meneruskan pengajian di mana-mana institusi MARA dalam negara sejurus selesai menjalani hukuman dan kembali ke tanah air.

“Saranan ini adalah sebagai tanda sokongan kepadanya. Secara peribadi, saya bersetuju. Kita berikan sokongan dalam pelbagai cara untuk membentuk semula jati dirinya,” kata Nazir.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa juga menasihatkan orang ramai supaya tidak hanya mencemuh Nut Fitri tetapi perlu memberi sokongan dan bimbingan demi masa depannya.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/…/peluang-kedua-kj-dan-m…/…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.