Followers

Friday, May 15, 2015

Polis rampas dadah RM51 juta di KL dan Pulau Pinang FMT Reporters


dadah RM51 juta

Seramai 17 suspek ditahan iaitu 15 warga tempatan manakala selebihnya warga Bangladesh.

dadah RM51 juta

BUKIT AMAN: Seramai 17 ahli sindiket dadah antarabangsa telah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) dalam 11 serbuan di sekitar Lembah Kelang dan Pulau Pinang pada 12 dan 13 Mei lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman Dato’ Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pasukannya menahan 17 iaitu 15 warga tempatan manakala selebihnya warga Bangladesh.

Beliau berkata, dalam serbuan polis merampas 220kg Syabu, 132kg pil dan serbuk Ekstasi, 18kg Ketamin serta dua buah mesin “vacuum packer”.

Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM51 Juta dan turut disita 18 buah kenderaan, wang tunai RM129,000, barangan kemas serta jam tangan berjenama.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempamerkan hasil rampasan yang berjaya dibuat JSJN dari bulan Januari sehingga 11 Mei 2015.

“Seramai 10,267 orang telah ditangkap melibatkan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM61 Juta,” katanya lagi.

Selain itu, sebanyak 40,284 kertas siasatan telah dibuka dan jumlah kertas siasatan dituduh sebanyak 25,031 kes (46%) dalam tempoh itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.