Followers

Friday, May 15, 2015

Jadi Ketua Pembangkang buat kali kedua - Faiz Zainudin

 
wan-azizah

Wan Azizah berterima kasih kepada DAP kerana memberi sokongan dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah sedia menggalas tanggungjawab untuk menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini.

Beliau yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh 7 Mei lalu turut berterima kasih kepada DAP kerana memberinya laluan walaupun parti itu mempunyai 37 kerusi di Parlimen.

“Terima kasih, saya rasa terharu sebab mereka memberikan kepercayaan walaupun DAP mempunyai kerusi yang lebih dan saya ucap terima kasih”, katanya ketika ditemui pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.

Wan Azizah hadir bagi mendengar kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk S Nallakaruppan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pernah menyandang jawatan Ketua Pembangkang sebelum melepasnya pada 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya.

Bagaimanapun Ketua Umum PKR itu hilang kelayakan selepas mahkamah mendapati beliau bersalah melakukan liwat ke atas pembantunya Saiful Bukhari Azlan dan dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.