Followers

Friday, May 15, 2015

Berjuta rakyat Malaysia sokong Tun M - FMT Reporters

 
   
mahathir sokong

Zaid Ibrahim menyifatkan Tun M melakukan tugas cemerlang menerusi kritikan dan pendedahan dan berjuta rakyat menyokong beliau.

SUBANG: Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan tugas cemerlang apabila mendedahkan beberapa isu yang berkaitan secara langsung dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, berjuta rakyat Malaysia menyokong usaha yang dilakukan oleh Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Beliau telah melakukan tugas yang cemerlang. Berjuta rakyat Malaysia menyokongnya,” katanya yang ditemui ketika menyambut kepulangan Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Skypark Subang pada Jumaat.

Mengulas kenyataan Najib yang enggan berundur kerana mendapat sokongan ahli parti dan rakyat, Zaid sambil tersenyum berkata, lambat laun kebenaran akan terserlah.

“Orang UMNO yang pilih dia. Saya fikir orang UMNO pantau tetapi budaya takut itu tebal. Kalau berani, kena pecat macam saya,” katanya.

Kira-kira 100 hadir bagi menyambut kepulangan Dr Mahathir dan isteri daripada mengerjakan umrah.

Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk bersalaman dengan penyokong yang sebahagian besarnya ahli UMNO.

Dr Mahathir hanya menjawab ‘itu nantilah’ ketika diminta mengulas pendirian Najib yang bertegas tidak mahu meletak jawatan biarpun banyak pendedahan telah dibuat.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang turut menyambut kepulangan berkata, pihaknya tiada agenda tersembunyi kecuali menuntut pentadbiran yang telus.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.