Followers

Thursday, May 14, 2015

PNB nafi pinjamkan wang, beli bon 1MDB Mohamad Fadli

rafizif,pnb

PNB menyiarkan notis ringkas di laman sesawangnya menafikan institusi pelaburan itu meminjamkan wang kepada 1MDB dan tidak terlibat dalam pembelian bon sukuk 1MDB.

rafizif,pnb

PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menafikan dakwaan bahawa institusi pelaburan itu telah meminjamkan sejumlah wang kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui pembelian RM1.5 bilion Sukuk.

PNB juga menafikan menerima sebarang tawaran jualan daripada 1MDB.

“PNB tidak terlibat dalam pembelian bon sukuk yang dikeluarkan oleh syarikat 1MDB.

“PNB juga tidak pernah menerima sebarang tawaran jualan daripada 1MDB,” tulis PNB menerusi satu notis ringkas yang disiarkan di laman sesawangnya.

FMT cuba menghubungi PNB untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi seorang kakitangan memaklumkan tiada ulasan lanjut namun dia mengesahkan notis itu dikeluarkan PNB.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbar pada Selasa berkata, 1MDB mengeluarkan Sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lalu kepada PNB dan Lembaga Tabung Haji (TH), berdasarkan akhbar The Star bertarikh 1Mac 2014.

Katanya, sejumlah M920.8 juta telah dipinjamkan oleh TH kepada 1MDB manakala baki RM579.2 jua pula telah dipinjamkan oleh PNB.

Dalam sidang media itu, Rafizi turut mempersoalkan kelewatan PNB menafikan laporan akhbar The Star yang telah disiarkan pada tahun lalu.

“Sekiranya tidak pernah ada rundingan atau PNB tidak pernah membeli bon sukuk tersebut, apakah PNB pernah membuat penafian pantas sejurus selepas laporan oleh akhbar The Star itu disiarkan tahun lalu?

“Jika PNB tidak pernah membuat penafian pantas tahun lalu sekitar tarikh laporan itu disiarkan, kenapa penafian itu baru dibuat sekarang ketika kesedaran rakyat mengenai masalah 1MDB semakin tinggi?” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.