Pemimpin UMNO yang meneruskan kepemimpinan negara jika Datuk Seri Najib Tun Razak berundur tetap akan meletakkan beban di atas bahu rakyat bagi melunaskan hutang 1MDB.
nurul izzah,najib
PETALING JAYA: Jika Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan Perdana Menteri, ia tetap tidak akan menyelesaikan masalah terutama melibatkan hutang 1MDB.
Ini kerana, kata Nurul Izzah Anwar, pemimpin UMNO yang meneruskan kepemimpinan negara tetap akan meletakkan beban di atas bahu rakyat bagi melunaskan hutang 1MDB itu.
Sehubungan itu, Naib Presiden PKR mahu rakyat memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, katanya, semua parti dalam Pakatan Rakyat perlu bersatu dengan menjadikan matlamat mengambil alih Putrajaya sebagai agenda utama.
“Sudah tiba masanya untuk kita memiliki pemimpin yang bukan lagi daripada UMNO dan BN. Justeru, dalam apa-apa cara, kesatuan PR itu harus dijadikan agenda utama bagi semua pimpinan PR.”
“Dalam keadaan yang agak getir ini, kita terus memberi tumpuan kepada isu yang berkait dengan rakyat seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), skandal 1MDB dan semua masalah lain yang kian meruncing dan membimbangkan,” katanya dalam sidang media pada Rabu.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengakui, hanya satu jalan untuk Pakatan Rakyat menewaskan BN pada PRU-14 iaitu melalui gabungan pakatan pembangkang yang bersatu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.