Followers

Thursday, May 14, 2015

MH179: Bukti kerajaan perlu haram arak dalam pesawat FMT Reporters


mas, haram, arak

Hidangan minuman keras arak dalam pesawat tidak menguntungkan syarikat penerbangan dan kebanyakkan penumpang tidak suka penumpang mabuk.

mas, haram, arak

PETALING JAYA: Kejadian sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) terpaksa berpatah balik kerana tindakan seorang penumpang mengamuk kerana tidak dihidangkan minuman keras membuktikan sudah tiba masanya kerajaan hentikan menghidang arak kepada penumpang.

Gesaan itu dibuat oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, yang berpendapat minuman keras amat membahaya dihidangkan dalam semua penerbangan domestik dan antarabangsa.

“Kami sekali lagi menegaskan hidangan arak dalam pesawat atas permintaan penumpang bukan menguntungkan syarikat penerbangan kerana kebanyakkan penumpang tidak kira warga negara tidak suka penumpang yang berpotensi mabuk dalam pesawat.

“Penumpang mabuk boleh membahayakan pesawat kerana tindakan tidak diduga boleh berlaku. Tidak dapat kita membayangkan jika pesawat berkenaan tidak berjaya dikawal kerana penumpang yang mabuk,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, pesawat MH179 dalam perjalanan ke Colombo terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas anak kapal tidak berjaya mengawal tindakan seorang penumpang yang mengamuk kerana permintaannya untuk dihidangkan minuman keras tidak dilayan.

Anak kapal menolak permintaan permintaan penumpang warga Jerman itu kerana isyarat tali pinggang masih menyala.

Pesawat terpaksa berpusing di Selat Melaka beberapa jam untuk membuang minyak sebelum selamat mendarat di KLIA.

Azmi berkata, kerajaan langsung tidak mengendahkan gesaan supaya minuman keras tidak dihidangkan dalam pesawat MAS walhal banyak pihak telah menyuarakan perkara itu.

“Apakah alasan kerajaan untuk terus menghidangkan minuman keras dalam pesawat MAS? Bukankah tibanya masanya kerajaan mengambil tindakan tegas atas prinsip keselamatan dan tuntutan agama,” katanya.

Malah, katanya, gesaan sama turut dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Australia yang mahukan kerajaaan mereka mengharamkan hidangan minuman keras dalam pesawat berikutan beberapa kejadian disebabkan penumpang mabuk.

KONON MALAYSIA NEGARA ISLAM CONTOH ?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.