Followers

Saturday, May 2, 2015

PKR tuduh Ismail Sabri 'ugut' pengundi

 
Zack Ahmad's photo.PKR menuduh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Ismail Datuk Seri Sabri Yaakob melanggar Akta Pilihan Raya kerana "mengugut" pengundi.

Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar mendakwa Ismail telah memberi amaran kepada pengundi supaya tidak memilih calon PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila mengundi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei.

Nurul Izzah menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat Ismail atas dakwaan "rasuah dan mengugut" berhubung kenyataannya di Permatang Pauh semalam.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk memastikan pilihan raya kecil itu tidak tercemar oleh ancaman dan rasuah.

 

"Kami mengutuk kenyataan seumpama itu sebagai sombong dan tidak boleh diterima sama sekali," kata Nurul dalam sidang akhbar di Yayasan Aman di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata kenyataan Ismail itu secara langsung melanggar Akta Pilihan Raya, yang berkaitan dengan rasuah dan mengugut sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

"Kami menggesa pengundi menolak ancaman tersebut yang merupakan sebahagian daripada taktik kotor BN dalam kempen pilihan raya kecil ini," tegas beliau.

Nurul Izzah merujuk kepada laporan The Malaysian Insider yang memetik Ismail sebagai berkata "permohonan untuk dana pertanian dan projek-projek di Permatang Pauh tidak akan diluluskan jika Pakatan Rakyat menang lagi pilihan raya kecil itu".

Ismail dilaporkan berkata demikian ketika berucap dalam daerah mengundi Kuala Mengkuang ketika mengiringi calon BN Suhaimi Sabudin berkempen semalam.

Selain Wan Azizah dan Suhaimi, dua lagi calon ialah Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia dan calon Bebas Salleh Isahak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.