Followers

Saturday, May 2, 2015

Ambiga dibebaskan selepas reman ditolak, Isham ditahan

 
Polis gagal untuk mendapatkan perintah reman terhadap bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang ekoran protes anti-GST semalam, tetapi 29 orang lagi yang ditahan, tidak bernasib baik.

Menurut peguam Michelle Yesudas, 23 orang direman selama tiga hari manakala enam lagi yang di bawah umur, direman selama sehari.


Menurut Yesudas di catatan Twitter, 29 itu ditahan kerana melepaskan  asap oren (semasa protes).

Selain Ambiga, yang lain dibebaskan ialah setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Hatta Ramli dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan.

Sementara itu, aktivis Hishammuddin Rais (kiri) ditangkap tidak lama selepas empat mereka dibebaskan di pusat tahanan polis Jinjang.

Dalam beberapa siri mesejnya, Hisham berkata dia ditahan di rumah pada pukul 2.30 petang dan sedang dibawa ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi.

Katanya, tujuh pegawai polis datang ke rumahnya dan dia dituduh terbabit dalam perhimpunan haram mengikut Seksyen 143 (Kanun Keseksaan).

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli juga ditangkap pagi ini selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Polis juga telah memanggil Naib Presiden PKR Tian Chua, tetapi masih belum menangkapnya.

"Saya beritahu mereka yang saya sudahpun dalam perjalanan ke Permatang Pauh, mereka tidak hubungi saya lagi," katanya kepada Malaysiakini.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.