Followers

Monday, May 18, 2015

Persamaan 1MDB dan Scorpene membimbangkan, Najib mesti bertanggungjawab, kata C4


Pengarah eksekutif C4 Cynthia Gabriel berkata persamaan dalam kes kontroversi 1MDB dan Scorpene sangat membimbangkan.

Pengarah eksekutif C4 Cynthia Gabriel berkata persamaan dalam kes kontroversi 1MDB dan Scorpene sangat membimbangkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti bertanggungjawab terhadap peranannya dalam dua skandal, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan urusan jual beli kapal selam Scorpene, di mana berbilion ringgit digunakan tanpa akauntabiliti, kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Badan yang mengawal rasuah itu berkata, persamaan dalam dua kes kontroversi berkenaan sangat membimbangkan.

"Najib mesti bertanggungjawab dalam skandal ini," kata pengarah eksekutif C4, Cynthia Gabriel dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hutang RM42 bilion dalam tempoh 5 tahun beroperasi yang dikumpul 1MDB menunjukkan bagaimana permainan kuasa, politik naungan dan rasuah membawa kesan buruk kepada negara ini.

Cynthia berkata, tidak mengejutkan yang dana pelaburan strategik negara itu bukan skandal kewangan pertama melibatkan Najib.

"Perjanjian Scorpene Submarine merupakan satu lagi pembelian berbilion ringgit yang memalukan negara yang dapat dihidu rasuahnya sebelum pilihan raya umum lalu.

"Pelbagai jawapan yang tidak konsisten muncul di Parlimen dan akhirnya membuatkan kumpulan hak asasi manusia Suaram memfailkan aduan kehakiman di tribunal Perancis," katanya.

Gabriel berkata terdapat 4 faktor yang sama dalam kedua-dua urusniaga kontroversi itu temasuk penglibatan Najib dalam kedua-dua kes. – 18 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.