Baguslah Mamat Ni Digugurkan. Mohd Yusni Mat Piah, yang pernah mencetuskan kontroversi kerana memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh telah
digugurkan sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang. Beliau
digantikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Afnan Hamimi Taib.
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat mengesahkan pengguguran
Mohd Yusni itu. Beliau berkata, pertukaran itu merupakan amalan biasa
dan dibuat oleh Pemuda Pas Kawasan di negeri itu.
Tambahan pula, katanya, Mohd Yusni telah melepasi had umur yang ditetapkan bagi jawatan Ketua Pemuda.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Asrol Sani Abdul Razak menyambut baik pelantikan Afnan itu.
Katanya. pelantikan kepimpinan baru Pemuda Pas dapat mengukuhkan lagi
kerjasama Pemuda Pakatan Rakyat (PR) untuk menentang UMNO dan Barisan
Nasional (BN).
Baguslah Mamat Ni Digugurkan
“Kami menyokong segala usaha Pemuda Pas Pulau Pinang
bagi merealisasikan agenda yang menguntungkan Pakatan Rakyat dan tidak
akan menyokong sebarang agenda bersifat peribadi yang tidak selari
dengan polisi Pakatan Rakyat,” katanya dalam kenyataan media.
Dalam PRK Permatang Pauh pada awal bulan ini, Mohd Yusni enggan
bekerjasama dengan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan enggan untuk Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selagi PKR dan DAP tidak meminta maaf
kerana mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.
Dia akhirnya menarik balik keputusan memboikot itu kerana menghormati
keputusan pemimpin tertinggi Pas tetapi tetap dengan pendirian mahukan
PKR dan DAP meminta maaf kepada Hadi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohd Yusni
juga membangkitkan kemarahan PKR apabila enggan menarik balik daripada
bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh biarpun
pimpinan Pas mengarahkan dia berundur.
Keputusan membelakangkan arahan parti itu menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara Pas, PKR dan UMNO.
Pendirian tegas Mohd Yusni itu dilihat punca hubungan dingin dalam Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.