Followers

Monday, May 18, 2015

Bangunan Koperasi Polis KL terbakar ??



Published: 18 May 2015.

Sebahagian ruang pejabat bangunan Koperasi Polis di Tingkat 10, di Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran semalam.

Sebahagian ruang pejabat bangunan Koperasi Polis di Tingkat 10, di Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran semalam

Sebahagian ruang pejabat bangunan Koperasi Polis di Tingkat 10, di Jalan Kampung Attap di Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran semalam.

Penolong Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Abdul Rahman Hassan berkata kejadian itu berlaku kira-kira 6 petang dan disedari oleh seorang pengawal keselamatan bangunan itu apabila alat pengesan asap bangunan terbabit berbunyi.

"Bomba menerima panggilan daripada pengawal itu pada pukul 6.13 petang dan tiba di lokasi kejadian 5 minit kemudian," katanya di lokasi selepas memadamkan keseluruhan api.

Beliau berkata operasi memadam api sepenuhnya selesai pada pukul 7.30 malam dan kebakaran itu telah memusnahkan 60% ruang tersebut.

Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – Bernama, 18 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.