Pengadu, Tan Soo Eng (dua dari kanan) mengadu kepada pemimpin Pakatan Rakyat apabila beliau tidak dapat mengundi dalam pilihan raya kecil yang berlangsung di Permatang Pauh, hari ini.
Pengadu, Tan Soo Eng (dua dari kanan) mengadu kepada pemimpin Pakatan Rakyat apabila beliau tidak dapat mengundi dalam pilihan raya kecil yang berlangsung di Permatang Pauh, hari ini.
Seorang pengundi berusia 70 tahun, mendakwa diarahkan mencelup jarinya ke dalam botol walaupun tidak diberikan kertas mengundi kerana namanya dicatatkan sebagai sudah mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh hari ini.
Tan Soo Eng mendakwa diarahkan berbuat demikian ketika hadir ke pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jit Sin A & B di Jalan Berapit.
"Ini kali pertama namanya digunakan oleh orang lain untuk mengundi.
"Beliau tidak diberikan kertas undi tetapi diarahkan mencelup jarinya ke dalam botol dakwat kekal," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kebun Bunga, Cheah Kah Peng yang bercakap bagi pihak Tan.
Cheah berkata, Tan yang menetap di Kampung Baru Bukit Mertajam sudah mengundi sejak berusia 30 tahun dan insiden ini pertama kali berlaku kepada pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu.
Sementara itu, seorang pengundi warga emas berusia 61 tahun terperanjat apabila mengetahui namanya sudah digunakan untuk mengundi.
Faridah Zakaria, 61 tahun, cuba mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Liat kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Namun, beliau dimaklumkan namanya sudah dicatatkan sebagai sudah mengundi oleh pegawai bertugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewaktu menyerahkan kad pengenalannya.
"Saya terkejut sebab selama ini tidak pernah ada masalah.
"Mereka kata mereka akan siasat tapi mereka tidak boleh bagi saya mengundi," katanya kepada The Malaysian Insider.
Faridah kini menunggu kehadiran peguam untuk menemaninya ke sekolah itu untuk cuba membuang undi. – 7 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.