Followers

Thursday, May 7, 2015

KITA TUNGUK APA TINDAKA TAN SRI AZIZ PENGERUSI SPR !!

Seorang individu mengaku sebagai 'Sarjan Wong' dipercayai menyamar sebagai petugas parti di pondok sementara PKR di Jalan Berapit, Penanti, Permatang Pauh.

Seorang individu mengaku sebagai 'Sarjan Wong' dipercayai menyamar sebagai petugas parti di pondok sementara PKR di Jalan Berapit, Penanti, Permatang Pauh.

Petugas bilik gerakan PKR di Jalan Berapit, Penanti di Permatang Pauh menangkap seorang individu yang mengaku sebagai tentera darat dan hanya mahu dikenali sebagai ‘Sarjan Wong, menyamar sebagai petugas parti di pondok sementara mereka.

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah berkata, 'Sarjan Wong' ditangkap selepas dikesan bertindak mencurigakan menghantar butiran daripada daftar pengundi PKR melalui telefonnya setiap jam.

"Dia menyamar sebagai petugas untuk korek maklumat dari kita.

"Setiap jam dia cuba mengesahkan data daripada kita," kata Sivarasa.

D Suhana, 37 tahun, petugas PKR yang berjaya mengesan kelakuan mencurigakan 'Sarjan Wong' berkata 'Sarjan Wong' bertugas sebagai sukarelawan di pondok PKR berhampiran SJK (C) Jit Sin A&B itu seawal 8 pagi lagi dengan memakai baju-T bertulisan 'Demi Rakyat Bantah GST Tegakkan Keadilan'.

"Apabila kita minta telefon dia, di dalamnya ada kumpulan WhatsApp berkaitan Barisan Nasional.

"Tapi di dalamnya tiada pula kumpulan WhatsApp PKR," kata Suhana yang menyedari kelakuan mencurigakan 'Sarjan Wong' sekitar 12 tengah hari.

'Sarjan Wong' yang kelihatan tenang sewaktu disoal siasat oleh Sivarasa kemudian mendapatkan bantuan pegawai atasannya, yang hanya mahu dikenali sebagai 'Mejar Jazimin'.

'Mejar Jazimin' hanya mengaku menghantar 'Sarjan Wong' untuk "menentukan keadaan keselamatan" di sekitar SJK (C) Jit Sin A & B.

"Saya tak tahu dia ke sini untuk ambil data.

"Dia cuma diberi arahan untuk pantau keselamatan," katanya yang enggan memberikan butiran seperti pengkalan tempatnya bertugas atau kad pengenalan tentera.

Ditanya berulang kali tentang butiran operasinya, beliau sekadar berulanh kali menjawab, "Saya tak boleh menjawab soalan-soalan itu".

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang berkata insiden ini menimbulkan kecurigaan sama ada pihak tentera kini mula terlibat dalam intipan bersifat politik.

"Kalau awak cakap awak tentera dari awal tentu kita bagi maklumatnya," kata Chua yang mesra dengan panggilan Tian Chua.

"Apa yang kita saksikan ini mungkin tindakan tentera mengumpul maklumat risikan.

"Tetapi tentera tiada peranan politik dan mereka tidak boleh berkhidmat untuk memenuhi keperluan risikan BN," kata Chua.

Satu lagi kemungkinan, individu yang ditangkap hari ini mungkin seorang anggota tentera yang melakukan 'kerja sampingan' intipan secara bersendirian, kata Chua.

"Tetapi mereka kini mengintip satu proses politik yang sah," katanya.

'Sarjan Wong' kemudian bersetuju mengikut Sivarasa ke balai polis berdekatan untuk membantu Sivarasa membuat laporan ke atas insiden hari ini. – 7 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.