Followers

Friday, May 8, 2015

2 pemandu Myvi terlibat kemalangan di Lebuhraya DUKE didakwa hari ini, kata polis


Tiga sekeluarga meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE apabila kenderaan Pajero mereka terbalik selepas dipercayai digesel Myvi yang sedang berlumba

Tiga sekeluarga meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE apabila kenderaan Pajero mereka terbalik selepas dipercayai digesel Myvi yang sedang berlumba.

Dua pemandu kenderaan Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE hingga menyebabkan kematian 3 sekeluarga termasuk seorang bayi akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta esok, kata Ketua Polis Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia 7 bulan maut dalam kemalangan membabitkan 3 kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa. – 7 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.