Followers

Friday, May 22, 2015

Penganggur miliki 27 saman rayu hukuman - FMT Reporters


penganggur,saman

Antara pertuduhan yang dihadapi Azizan ialah memandu dengan tidak memiliki lesen, cukai jalan tamat tempoh, lampu motosikal di belakang gagal berfungsi serta nombor plat kenderaan yang tidak mengikut peraturan.

penganggur,saman

BALIK PULAU: Seorang lelaki merayu dikenakan denda minima selepas mahkamah mengenakan denda RM6,000 atas 27 pertuduhan membabitkan pelbagai kesalahan trafik termasuk tiada lesen memandu.

Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akil memerintahkan Azizan Abdul Aziz, 35, yang merupakan orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman penjara 200 hari sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan, lapor Bernama.

“Begitu banyak saman yang dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun, awak kata nak renew (perbaharui) lesen tapi tak lepas, ya memang tak lepas sebab awak tak bayar saman, bila tak bayar saman semua tak boleh nak renew. 


Sekarang ini siap ada promosi lagi kalau bayaran segera saman boleh dapat diskaun, itu pun awak tak jelaskan,” katanya.

Antara pertuduhan yang dihadapi Azizan ialah memandu dengan tidak memiliki lesen, cukai jalan tamat tempoh, lampu motosikal di belakang gagal berfungsi serta nombor plat kenderaan yang tidak mengikut peraturan.

Lelaki berstatus penganggur itu didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa kawasan di Daerah Barat Daya sekitar tempoh 14 April 2002 hingga 20 Feb 2014 mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Azizan merupakan individu yang ditahan dalam Ops Warta semalam dan menerusi pemeriksaan itu didapati dia mempunyai waran tangkap kerana tidak menjelaskan saman sejak tahun 2002 hingga 2014.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.