Followers

Friday, May 22, 2015

Zaid jaja nama Rosmah untuk publisiti murahan FMT Reporters


zaid-rosmah

Selaku individu yang bertugas menjaga hal ehwal isteri Perdana Menteri, Rizal menggambarkan Rosmah sebagai wanita yang bijak dan berani, lantang dan bijak.

zaid-rosmah

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dikatakan cuba mencari publisiti murahan dengan menulis artikel mengenai Datin Seri Rosmah Mansor.

Dakwaan itu dibuat Pegawai Khasnya, Rizal Mansor ekoran penyiaran artikel “The People’s PM” yang ditulis Zaid di laman blognya.

Artikel yang disiarkan pada 18 Mei 2015, antara lain mempersoal kreadibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kemewahan yang didakwa ditayang Rosmah yang dipanggilnya “First Lady”.

“Saya terkejut membaca coretan bekas Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim yang telah lupa nilai-nilai moral.

“Komen beliau mengenai bagaimana isteri bakal Perdana Menteri sepatutnya berkelakuan hanya menggambarkan betapa ceteknya pemikiran beliau,” kata Rizal dalam kenyataan akhbarnya.

Selaku individu yang bertugas menjaga hal ehwal isteri Perdana Menteri, dia menggambarkan Rosmah sebagai wanita yang bijak dan berani, lantang dan bijak dalam menjalinkan hubungan rapat dengan kerabat diraja dan tokoh kenamaan dunia.

Dalam kenyataannya dia turut membangkitkan sumbangan Rosmah dalam membina kecemerlangan kanak-kanak menerusi program Permata.

“Beliau juga memulakan program Permata, di mana ini merupakan satu program yang direka untuk kanak-kanak di bawah umur empat untuk menawarkan mereka penjagaan dan bimbingan awal,” katanya.

Rizal juga mengingatkan Zaid bahawa Rosmah adalah wanita yang sentiasa memikirkan kebajikan rakyat.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.