Followers

Friday, May 22, 2015

Unggun api jadi pendinding Mohamad Fadli

Menggunakan pemetik api, mereka berdua menyalakan unggun api menyebabkan dua ekor harimau itu tidak mendekati mereka.

nak cari kayu

PETALING JAYA: Dua orang pencari kayu yang sesat di dalam Hutan Binjai, di Dungun, Terengganu, menceritakan detik-detik cemas apabila hampir dibaham harimau.

Mohd Faiza Abdul Wahab, 29, dan sepupunya Mohd Nor Farzhan Mustafa Harun, 28, sesat selama lima hari di dalam hutan itu dan hanya dijumpai oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SA) pada Khamis lalu.

Menceritakan pengalamannya sepanjang sesat di dalam hutan, Faiza berkata, kejadian paling ditakuti apabila mereka berdua dihampiri dua ekor harimau sebesar motosikal yang mengaum dan sentiasa memerhatikan mereka.


nak cari kayu

Katanya, dia dan sepupunya tidak berdaya melarikan diri kerana sangat letih dan pasrah sekiranya apa saja yang akan berlaku.

Katanya, sepanjang lima hari sesat di dalam hutan, mereka hanya makan umbut pokok palas dan minum air akar kayu sahaja.

Faiza berkata, pemetik api yang dibawanya menjadi penyelamat kepada mereka berdua daripada dibaham binatang buas itu.

Menggunakan pemetik api itu, mereka berdua menyalakan unggun api menyebabkan dua ekor harimau itu tidak mendekati mereka.

Selepas penat berjaga kerana bimbangkan keselamatan, Faiza berkata, dia dan Nor Farzhan akhirnya tertidur akibat keletihan dan hanya menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Kedua-duanya bersyukur sebaik terjaga, dua ekor harimau telah tiada.

Kedua-duanya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai agensi keselamatan, lapor Sinar Harian.


- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

PANTANG MAUT SEBELUM AJAL !!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.