Followers

Saturday, May 23, 2015

Peguam Anwar lawan cubaan Saiful guna sabitan liwat dalam saman fitnah OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

 

Pada 23 Jun tahun lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, memfailkan ganti rugi, memetik trauma fizikal dan penderitaan sejak 2008 akibat diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 23 Jun tahun lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, memfailkan ganti rugi, memetik trauma fizikal dan penderitaan sejak 2008 akibat diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu Mahkamah Tinggi membuat keputusan memihak kepada beliau, memandangkan kini bekas ketua pembangkang itu disabitkan dengan kes liwatnya.

Bagaimanapun, Anwar bertindak menyekat langkah tersebut.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata mereka memfailkan permohonan minggu lalu untuk menolak alasan yang dikemukakan Saiful bagi meyakinkan mahkamah memutuskan berdasarkan liabiliti dan ganti rugi.

"Kami menyerahkan salinan permohonan Anwar kepada peguam Saiful. Mereka diberi masa untuk menjawab," katanya selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan yang menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 1 Jun.

Hakim itu sebelum ini menetapkan perbicaraan bermula 10 Ogos.

Latheefa berkata, Anwar berpendirian yang sabitannya kerana salah laku seksual itu tidak boleh dipakai dalam tindakan sivil.

"Saiful dalam kenyataan tuntutannya yang dipinda merayu supaya penghakiman yang diberikan menyebelahinya kerana Mahkamah Persekutuan juga mendapati beliau merupakan seorang saksi yang boleh dipercayai," katanya.

Peguam sivil bagaimanapun berkata, Anwar akan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan mahkamah untuk menolak saman itu kerana Saiful hanya perlu membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian, yang mengenakan beban undang-undang yang lebih rendah.

Mereka berkata dapatan fakta yang Anwar melakukan kesalahan itu juga ada kesannya terhadap kes sivil itu.

Pada 10 Februari, Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful dan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara.

Pada 23 Jun tahun lepas, Saiful, 30, memfailkan ganti rugi, memetik trauma fizikal dan penderitaan sejak 2008 akibat diliwat Anwar.

Dalam pernyataan tuntutannya, Saiful berkata Anwar menuduhnya memfitnah dan berkonspirasi terhadapnya dengan membuat laporan polis mendakwa diliwat.

Saiful juga berkata beliau tidak berbohong dalam laporan polis mengenai beliau diliwat oleh Anwar, dan mengenai kejadian liwat yang terakhir berlaku di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih di Kuala Lumpur pada tahun 2008.

Bekas pembantu itu berkata, beliau dipandang rendah oleh masyarakat yang percaya dengan tuduhan Anwar terhadapnya, sambil menambah beliau juga dipersenda di media sosial.

Anwar dalam pembelaannya menafikan meliwat Saiful dan berkata, dakwaan itu palsu, sambil menambah bekas pembantunya bertindak tanpa sebab yang munasabah dan saman fitnah itu remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Anwar berkata, dalam kes sivil, beban bukti ialah pada Saiful dan dia bersandar kepada pembelaan dari segi komen berpatutan, perlindungan mutlak dan keistimewaan bersyarat untuk menandingi saman itu. – 23 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.