Followers

Saturday, May 23, 2015

Polis mahu peguam negara kaji semula Akta Perhimpunan Aman OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Seperti dalam kes perhimpunan pada Hari Pekerja membantah GST di mana ramai yang ditahan polis, kini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata setuju akta tersebut dikaji semula, dan merujuk kepada pihak perundangan baginya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mei, 2015. Seperti dalam kes perhimpunan pada Hari Pekerja membantah GST di mana ramai yang ditahan polis, kini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata setuju akta tersebut dikaji semula, dan merujuk kepada pihak perundangan baginya.

Seperti dalam kes perhimpunan pada Hari Pekerja membantah GST di mana ramai yang ditahan polis, kini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata setuju akta tersebut dikaji semula, dan merujuk kepada pihak perundangan baginya.

Selepas siri tangkapan di bawah Akta Perhimpunan Aman yang mengundang kritikan banyak pihak, polis kini mengakui undang-undang kontroversi itu perlu dikaji semula.

Ini terutamanya selepas Mahkamah Rayuan, dalam kes terhadap Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, memutuskan Seksyen 9(5) akta itu, yang menuntut notis 10 hari diberikan sebelum perhimpunan awam, tidak mengikut perlembagaan.

Nik Nazmi pada awalnya dituduh menganjurkan perhimpunan "Black 505" di Kelana Jaya pada 8 Mei 2013, tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), tanpa menyerahkan notis 10 hari kepada pihak polis.

Mahkamah Persekutuan kemudiannya membebaskan Nik Nazmi selepas pihak pendakwaan menarik balik kes mereka.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa mengakui Jabatan Peguam Negara perlu mengkaji implikasi keputusan mahkamah itu.

“Pihak perundangan perlu mengkaji implikasi keputusan mahkamah. Kita akur," katanya kepada The Malaysian Insider.

“Berdasarkan keputusan mahkamah, kita kena tengok balik macam mana perancangan kita menangani perhimpunan."

Nik Nazmi dituduh menganjurkan perhimpunan 'Black 505' di Kelana Jaya pada 8 Mei 2013 tanpa menyerahkan notis 10 hari kepada pihak polis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mei, 2015.Nik Nazmi dituduh menganjurkan perhimpunan 'Black 505' di Kelana Jaya pada 8 Mei 2013 tanpa menyerahkan notis 10 hari kepada pihak polis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mei, 2015.

Katanya, soalan lanjut perlu diajukan kepada Peguam Negara kerana tugas polis hanya menguatkuasakan undang-undang.

Pada 25 April tahun lalu, panel 3 hakim Mahkamah Rayuan dipengerusi Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman tidak berperlembagaan kerana sebarang ketidakpatuhan di pihak penganjur tidak mengundang hukuman jenayah.

Panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Tan Sri Raus Sharif minggu lalu membatalkan rayuan Peguam Negara selepas Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup menarik balik kes terhadap Nik Nazmi.

Menghormati keputusan mahkamah, Tajudin berkata, polis akan mengkaji prosedur operasi standard bagi menguruskan perhimpunan pada masa akan datang.

“Kita khuatir walaupun perhimpunan aman, ia akan meleret kepada perkara yang tidak diingini.

“Perhimpunan sekarang ini mereka tidak payah notis pada polis. (Maka) kita kena kerja lebih," katanya.

Perhimpunan besar terbaru ialah Himpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada Hari Pekerja yang menarik lebih 10,000 orang.

Katanya, secara umum, ia himpunan aman dan tiada berlaku kecederaan fizikal kepada mana-mana pihak.

Beliau berkata, walaupun terdapat usaha memprovokasi pihak polis pada perhimpunan itu, namun mereka berjaya mengawalnya dengan penuh profesional.

“Kita bersama pihak penganjur (sebolehnya) memastikan perhimpunan dapat berjalan lancar. Kita tidak ada hendak menghalang.

"Kita lihat contoh sebelum itu, PAS menganjur perhimpunan dan mereka patuh kepada arahan kita supaya diadakan di Padang Merbok," katanya.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas himpunan pada 1 Mei itu, polis mula menangkap peserta protes.

Keseluruhannya, polis membuat 59 tangkapan, termasuk ahli politik, aktivis dan 6 belia di bawah umur.

Mereka termasuk bekas pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, naib presiden PKR Rafizi Ramli dan Tian Chua, setiausaha organisasi DAP Anthony Loke dan setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Semuanya ditahan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana berhimpun secara haram. Setengahnya juga disiasat kerana melakukan vandalisme.

Tajudin mempertahankan tangkapan itu.

“Kita kenal pasti mereka yang terlibat. Sebab itu selesai saja terus kita jalankan tangkapan, bukan kita tangkap secara rambang," katanya sambil menegaskan tiada layanan buruk diberi kepada mereka yang ditangkap.

Beliau juga menegaskan polis mematuhi prosedur operasi standard ketika menangkap belia bawah umur, mengundang banyak kritikan dari kumpulan masyarakat sivil.

“Di peringkat awal, memudahkan siasatan, memang kita tidak beritahu peguam. Penghujungnya, undang-undang mewajibkan kita memberitahu peguam dan keluarga.

“Masa munasabah itu lepas tangkapan, dibawa balik ke balai untuk dokumentasi. Selepas selesai kita akan maklumkan kepada peguam.

"Ia tidak menetapkan 10 minit atau satu jam. Ikut masa yang munasabah. Tetapi kalau satu hari, ia tidak munasabah," katanya.

Mengulas rungutan pimpinan politik yang terpaksa menunggu lama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sedangkan siasatan hanya mengambil masa yang singkat, Tajudin berkata ia kerana kekurangan pegawai penyiasat selain jumlah tangkapan yang ramai pada hari itu.

"Lazimnya tangkapan ramai. Kemudian, (yang) menangkap, orang lain, yang menyoal siasat, orang lain. Yang merakam keterangan, baru pegawai penyiasat.

"Itu memang proses kerja. Saya akui memang lambat.

“Bila ada perhimpunan begini, kita akan sediakan pegawai penyiasat yang lebih untuk mempercepatkan," katanya. – 23 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.