Followers

Saturday, May 23, 2015

Tidak pernah diminta pertimbang projek pembangunan TRX, kata Petronas

Petronas menegaskan bahawa pihaknya mempunyai projek pembangunan yang mencukupi di KLCC yang terdiri daripada bangunan pejabat, sebuah hotel dan perluasan ruang niaga yang dilaksanakan KLCC Holdings (cabang hartanah kami) dan rakan kongsinya.

Petronas mengesahkan bahawa syarikat tidak pernah diminta untuk mempertimbangkan projek pembangunan Tun Razak Exchange (TRX).

"Malah, kami mempunyai projek pembangunan yang mencukupi di KLCC yang terdiri daripada bangunan pejabat, sebuah hotel dan perluasan ruang niaga yang dilaksanakan KLCC Holdings (cabang hartanah kami) dan rakan kongsinya," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu sebagai respons kepada laporan yang mengatakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin enggan menjawab pertanyaan mengenai perkara itu selepas mengumumkan keputusan kewangan suku pertama 2015 kumpulan.

Soalan yang dikemukakan ialah sama ada Petronas akan mempertimbangkan pembelian tanah di TRX untuk menambah simpanan tanahnya. – Bernama

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.