Followers

Sunday, May 10, 2015

MYKMU: Pembelian tanah 1MDB menguntungkan TH ?? - FMT Reporters


mykmu-khairy

MYKMU mendakwa Pergerakan Pemuda UMNO menentang pembelian tanah 1MDB oleh TH kerana mempunyai agenda tersembunyi.

PETALING JAYA: Ketika banyak pihak mempertikai dan membantah tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB, penulis laman sesawang MYKMU mempunyai pendirian sebaliknya.

Katanya, ia menyokong pembelian itu kerana ia bakal menguntungkan TH.

“Ketika Pemuda UMNO Malaysia melalak membelasah Tabung Haji mereka tidak faham hartanah bahawa harga di kawasan yang dibeli oleh Tabung Haji dengan harga RM 2733 sekaki persegi, sebenarnya antara RM 3,000 – 7,000 sekaki persegi.

“Kita tidak nampak kenapa Pemuda UMNO harus mengamuk kecuali mereka mempunyai agenda lain yang tersembunyi”, tulis MYKMU.

Ia turut membangkitkan hujah, apabila dibangunkan kediaman bertingkat nanti, TH dijangka dapat menjual kondominium dengan harga RM 1500-2,000 sekaki.

Katanya, dengan kawasan seluas 1.56 ekar tanah dan pembinaan kondominium mewah, badan itu akan mendapat keuntungan berkali ganda.

“Jadi, adakah harga hartanah yang dibayar oleh Tabung Haji sebanyak RM 2, 733 sekaki persegi untuk kawasan berhampiran satu angka luar harga pasaran?

Jadi mengapa Pemuda UMNO menentang pembelian ini? Adakah Ketua-ketua Pemuda UMNO ini bodoh? Tidak. Tapi anda tahulah apa masalah dengan rent seeker yang tamak!”, soalnya.

Berikutan bangkangan keras daripada Ketua-ketua Pemuda UMNO Negeri berhubung pembelian tanah oleh TH, MYKMU mendakwa ia angkara Ketua Pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Katanya, Ahli Parlimen Rembau itu mempunyai helah dan sedang menunjukkan kekuatan politik kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.