Followers

Sunday, May 10, 2015

Saya tidak akan letak jawatan pengerusi Tabung Haji, kata Azeez

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tidak akan tunduk kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan kerana berpendapat isu urus niaga dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipolitikkan sesetengah pihak.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tidak akan tunduk kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan kerana berpendapat isu urus niaga dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipolitikkan sesetengah pihak

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan agar meletakkan jawatan pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang disandangnya sejak 2013, kerana berpendapat ia bakal mengundang kerugian kepada TH, lapor Sinar Harian.

Katanya, selama dua hari kontroversi pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh TH itu diperkatakan, beliau memilih untuk berdiam diri dan mendapati isu tersebut hanya dipolitikkan sesetengah pihak.

"Selama dua hari ini saya diam daripada memberikan sebarang maklum balas. Saya tunggu sebab saya nak tahu apa yang akan dimainkan. Rupa-rupanya isu politik.

"Dan mereka mahu kaitkan saya sebagai pengerusi TH. Apa kena mengena? Kalau saya rugikan duit TH, bolehlah desak saya letak jawatan," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Azeez mendakwa, sejak beliau dilantik pengerusi, beliau membuktikan kredibiliti apabila berjaya menambah jumlah dividen yang diterima pendeposit di TH.

"Sebelum ini, TH bayar dividen 5.5%. Alhamdulillah, secara kebetulan, sejak saya jadi pengerusi dan rakan lain dalam lembaga pengarah sertai TH, kita bayar dividen 6% (bonus tahunan), tambah 2% (bonus haji), jadi 8% pada 2013.

"Tahun lalu pula kita bayar 6.25% (bonus tahunan) tambah 2% (bonus haji) sebanyak 8.25%," Azeez dilapor berkata.

Pada masa sama, beliau menyarankan agar tiada pihak mengaitkan TH dengan politik.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Lumpur Rosli Jabar berpendapat, transaksi tersebut tidak sepatutnya berlaku dari awal kerana boleh menimbulkan keraguan terhadap pencarum yang percaya sepenuhnya dengan TH.

Ia juga, katanya kepada Sinar Harian, menyebabkan imej institusi kewangan Islam yang mengurus jemaah haji itu tercemar.

"Kita lihat ramai pencarum mula keluarkan wang simpanan mereka selepas pendedahan perkara ini dengan berkongsi resit pengeluaran mereka di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

"Ini menunjukkan pencarum mula berasa bimbang dan hilang kepercayaan dengan sistem perniagaan yang diamalkan TH sejak akhir-akhir ini," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Rosli turut meminta TH melakukan pelaburan yang boleh menjana kebaikan kepada rakyat terutamanya dengan membantu pencarum yang tidak berkemampuan membuat haji.

"Sepatutnya keuntungan yang diperoleh TH menerusi pelaburannya digunakan membantu golongan tidak berkemampuan mengerjakan fardu haji, bukannya menggunakan wang itu untuk pembelian tanah yang harganya tidak munasabah.

"Rakyat pasti tidak akan mempertikai sekiranya keuntungan yang diperoleh hasil caruman rakyat digunakan kepada golongan yang memerlukan bagi tujuan beribadah," katanya.

Pada masa sama, Adun Beserah Andansura Rabu, turut mengkritik harga satu setengah ekar yang dibeli TH dengan harga RM188.5 juta, yang menurutnya tidak munasabah.

"Bagi saya ia amat mahal dan langsung tidak masuk akal. Sedangkan 1MDB membeli 70 ekar tanah pada harga yang lebih kurang sama.

"Jadi, perkara ini boleh menimbulkan pelbagai kontroversi oleh rakyat, khususnya di kalangan pencarum.

"Kalau betul TH membeli tanah itu bagi strategi perniagaan, mereka sepatutnya membeli melalui kerajaan," katanya. – 10 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.