Followers

Sunday, May 10, 2015

Isu TH: Lucut jawatan mereka yang terbabit - FMT Reporters

 
kadir-jasin-TH-Azeez
Tindakan itu perlu dibuat, sekiranya Najib tidak terlibat dalam jual beli berkenaan selain mengelak nama TH daripada tercemar.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar supaya melucut semua jawatan mereka yang terbabit dengan pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji (TH) termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata tindakan itu perlu dibuat, sekiranya Najib tidak terlibat dalam jual beli berkenaan selain mengelak nama TH daripada tercemar.

“Inilah akibat “nawaitu” yang tidak baik dan buat kerja curi-curi. Abdul Azeez hari ini (Sabtu) mengumumkan bahawa atas “nasihat” Mohd Najib, Tabung Haji akan jual tanah yang dibeli sebulan lalu daripada 1MDB.

“Inilah kerja mengarut dan tidak ikhlas. Kalau tidak didedahkan dan dibelasah oleh orang ramai, pasti semua beres” kata Kadir dalam blognya kadirjasin.blogspot.com.

Selepas TH mengumumkan penjualan semula tanah yang dibeli dari 1MDB, beliau meminta Najib mendedahkan pihak mana yang membelinya dan berapa keuntungan yang diperolehi hasil penjualan berkenaan.

Pada Sabtu, Azeez mengumumkan terdapat tiga pembeli yang berpotensi dan TH dijangka akan mendapat untung RM5 juta walaupun hanya membeli sebulan dari 1MDB.

Beliau mempertahankan bahawa pembelian bernilai RM188.5 juta tanah milik 1MDB tersebut akan memberi keuntungan kepada pelaburan TH.

“Kalau ada rugi, ada penyelewengan, penipuan dan ketirisan… bolehlah (letak jawatan), tetapi tak ada,” kata Azeez pada sidang media berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.