Followers

Sunday, May 10, 2015

PM dijangka muncul dengan pendekatan mempertahankan diri dan turut menyerang balas Tun M. najib-MSO


 najib-MSO
PM NAJIB AKAN DEDAH "KEBUSUKAN" TUN M SEMASA PEMERINTAHANNYA SELAMA 22 TAHUN??

Najib akan buat pengumuman penting Isnin ini?

FMT Reporters


PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka sekali lagi akan membuat penjelasan terhadap isu dan kritikan yang dibangkit Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin ini.

Pendekatan yang digunakannya juga akan berbeza berbanding kemunculannya dalam program khas Soal Jawab bulan lalu, di mana kali ini, beliau dikatakan tidak lagi mengambil langkah mempertahankan diri sebaliknya turut menyerang bekas Perdana Menteri itu.

Spekulasi itu ditulis penulis blog Merah Tinta MSO dalam entrinya pada Sabtu.

“Dalam pada itu ada juga maklumat yang Najib akan membuat pengumuman penting pada Isnin ini. “Tunggulah ada sesuatu kejutan daripada Najib.”

“Sumber itu juga menyebut Najib akan mula menjawab Mahathir secara terbuka, opensif. Terbuka dimaksudkan Najib akan mendedahkan apa yang Mahathir lakukan selama 22 tahun menjadi PM”, tulisnya.

Dalam entri berkenaan dia turut membangkitkan tanda tanya, apakah pengumuman itu membabitkan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Merah Tinta MSO memaklumkan sumber yang rapat dengannya tidak memberi jawapan dan dia beranggapan apa yang ingin disampaikan Najib pada Isnin amat penting dan mungkin ada kejutan dalam UMNO.

“Jika diukur dengan sikap diambil timbalannya kini, Muhyiddin Yassin, ada munasabahnya kalau Najib mengumumkan sesuatu yang mengejutkan. Muhyiddin telah melahirkan rasa bingung dan kesal terhadap isu yang sedang menghangat kini. Rasa bingung dan kesal itu tentulah kepada Najib.

“Bukan itu sahaja, edah untuk Najib telah pun tamat. Sebelum Mahathir katanya memberi tempoh untuk Najib berfikir meletakkan jawatan selepas selesai laki Rosmah anak Razak itu menguruskan perkahwinan anaknya.

Katanya Najib telah setuju dengan pelan penurunannya dari kerusi PM, tetapi minta tangguh kerana dia tidak mahu jadi seperti bekas MB Terengganu Ahmad Said, dimana berkenduri kahwin anak berlangsung tanpa jawatan MB. Najib, sebenarnya Rosmah yang mahukan kenduri anaknya diraikan sebagai kenduri negara” tulisnya.

Selaku orang kedua terpenting, Muhyiddin dikatakan semakin tidak senang dengan Najib kerana beberapa isu yang berlegar seperti 1MDB dan pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Timbalan Presiden UMNO itu sebelum ini dikatakan sudah memberi amaran agar wang awam tidak digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

Ia bagaimanapun tidak diendahkan, sebaliknya Najib terus memberi suntikan hampir RM100 juta kepada 1MDB.

“Muhyiddin juga sudah mengeluh kenapa mereka yang terlibat sehingga syarikat pelaburan itu menanggung kerugian sehingga RM42 billion tidak dikenakan apa-apa tindakan atau didakwa atau pun ahli lembaga pengarahnya dipecat. 


Keluhan Muhyiddin itu menggambarkan TPM itu juga sudah naik meluat kepada pentadbiran bosnya. 

Sebenarnya serangan hendap Muhyiddin ke atas Najib sudah pun bermula” tulis Merah Tinta MSO.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.