Followers

Tuesday, May 19, 2015

Mengkhianati Amanah Selepas Dipilih, Jawablah Di Akhirat - Kelab Greenboc



Pertandingan berbagai jawatan dalam parti bukan baru. Hatta, untuk kerusi Presiden PAS (dulunya Yang Dipertua Agung PAS) telah berlaku sejak dulu lagi. Contohnya, antara penyandang, Dr Burhanuddin AlHelmi dengan Prof Dr Zulkifli Mohamad.

Al Marhum Ust Harun Taib bersaing dengan Ust Hassan Sukri (Timbalan Presiden) Ust Nasharuddin Md Isa cabar Ust Hassan Sukri, Mohamad Sabu lawan Ust Nasharuddin Md Isa, Dato' Nik Amar lawan Mohamad Sabu dan banyak lagi pertandingan berlaku.

Banyak alasan dikemukakan. Nak bantu Presiden, isu prestasi, pendekatan perjuangan, mengekalkan kepimpinan ulama' dan memperkukuh dasar parti. Bukan sahaja golongan profesional dan aktivis yang bertanding, ulama' sama ulama' pun menawarkan diri bertanding.

PAS kian berkembang. Ahlinya telah melepasi sejuta orang. Keperluan mengurus parti ke arah yang lebih baik, sangat diutamakan. Jawatan dalam parti adalah amanah bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Kelebihan seseorang dimanfaatkan, sama ada dia ulama', profesional maupun aktivis parti.

Perlembagaan dalam PAS tiada sekatan untuk sesiapa bertanding atas apa jua jawatan jika dicalonkan. Soal layak atau tidak, itu penilaian organisasi yang mencalonkan, tuan punya yang bertanding juga boleh melakukan muhasabah. Berjanji untuk itu dan ini mudah sahaja dilafazkan, 2 tahun memegang jawatan, boleh nilai sendiri prestasi kepimpinan dan kualiti kerja. Ada yang menilai ikut prestasi, tidak kurang juga hari ini kerana anak pemimpin, hubungan kawan serta kumpulan.

Jarang datang mesyuarat dan tidak aktif dalam jamaah, kadang kala dipilih juga sebab geng kita....

Banyak pihak buat komen dan ulasan pertandingan dalam parti. Ada pro dan kontra. Bagi saya, yang penting, berlumba-lumba melakukan kebaikan. Mengkhianati amanah selepas dipilih, jawablah di akhirat. Amanah bukan retorik menyedapkan halwa telinga. Bersemangat di awal musim dengan visi dan misi. Buat retreat dan bengkel. Bila gagal mula menuding jari, kemudiannya letak jawatan...

Jika kita dapat laksanakan amanah dengan baik, insya Allah, perwakilan parti akan memilih dan menempatkan kita sebagai pemimpin. Tidak perlu nak promote diri, apatah lagi memfitnah orang lain, Nauzubillah...

Seandainya, kita sudah buat yang terbaik, perwakilan tidak undi juga kerana sebab tertentu; Alhamdulillah, semakin ringan tanggungjawab kita. Banyak medan lain yang boleh disumbangkan demi perjuangan Islam.

Teruskan perjuangan. Fokus kepada usaha dakwah dan perjuangkan hak rakyat di mana pun kita berada. Jangan hampakan harapan rakyat. Bila kita sibuk di lapangan, tiada masa berpolemik dan mencari cari aib saudara kita. Sebarluaskan gagasan besar kita buat masyarakat seluruhnya; tanpa mengira agama dan anutan poiitik. -Mazlan Aliman


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.