Followers

Tuesday, May 19, 2015

KWSP: Ubah had umur untuk bantu rakyat FMT Reporters

 
kwsp_ringgit_600

Kira-kira 68 peratus pencarum KWSP yang berumur 55 tahun mempunyai simpanan RM50,000 ke bawah dan jumlah itu cukup menampung perbelanjaan lima tahun sahaja.

PETALING JAYA: Kerajaan mengehadkan pengeluaran penuh wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari umur 55 tahun kepada 60 tahun bertujuan membantu rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Chua Tee Yong berkata, ini kerana 68 peratus pencarum KWSP yang berumur 55 tahun mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah.

Tee Yong berkata, simpanan tersebut hanya mampu menampung perbelanjaan untuk tempoh lima tahun sahaja.

“Sebab itu KWSP perlu memastikan sebarang pindaan yang dibuat akan mengambil kira kepentingan ahli dan semua pihak serta memastikan KWSP dapat terus mainkan peranannya,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.

Tee Yong bagaimanapun berkata, kaji selidik KWSP mendapati 94.4 peratus pencarum memilih mengekalkan usia pengeluaran penuh pada 55 tahun.

Kaji selidik itu membabitkan 96,448 responden yang dibuka dari 21 April hingga 5 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.