Followers

Tuesday, May 12, 2015

Mat Sabu setuju Najib perlu kekal supaya SPRM siasat OLEH KC NAZARI

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat disiasat SPRM sepenuhnya, beliau perlu kekalkan jawatan, jika tidak siasatan akan berakhir sebaik beliau meletak jawatan.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat disiasat SPRM sepenuhnya, beliau perlu kekalkan jawatan, jika tidak siasatan akan berakhir sebaik beliau meletak jawatan.

Bimbang dengan amalan menghentikan siasatan rasuah terhadap pemimpin negara yang sudah meletak jawatan, timbalan presiden PAS berkata Datuk Seri Najib Razak perlu kekal sehingga penggalnya berakhir supaya beliau disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Di Malaysia, apabila seseorang itu sudah berhenti pihak SPRM juga berhenti menyiasatnya," kata Mohamad Sabu, mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak setuju dengan gesaan supaya perdana menteri berundur.

"Jadi di sini kewibawaan SPRM itu kita tak percaya. Sebab itu kita mahu beliau terus jadi PM," kata Mohamad, yang juga dikenali Mat Sabu, kepada The Malaysian Insider.

Hadi dipetik portal berita Mstar Online sebagai berkata, Najib yang akhir-akhir ini diserang hebat berikutan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak perlu meletak jawatan.

"Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletakkan jawatan dan saya mesti katakan yang beliau seharusnya diberikan peluang untuk menghabiskan penggalnya."

Semalam, Majlis Tertinggi Umno dilaporkan menyatakan sokongan kuat untuk Najib, selepas dikritik hebat berikutan pendedahan pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji daripada 1MDB pada harga RM188.5 juta. – 12 Mei, 2015.


The Malaysia Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.