Followers

Wednesday, May 20, 2015

Kabinet Bayangan: Wan Azizah akui PR tiada peruntukkan Faiz Zainudin

 
Wan-Azizah_shadow_money_600

Pembangkang pernah memohon peruntukkan menerusi 'Parlimentary Reform' pada 2008 tetapi ditolak oleh kerajaan.

KUALA LUMPUR: Parti dalam Pakatan Rakyat terpaksa membuat Kabinet Bayangan sendiri kerana tiada peruntukkan mencukupi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pembangkang pernah memohon peruntukkan menerusi ‘Parlimentary Reform’ pada 2008 tetapi ditolak oleh kerajaan.

Katanya, di bawah ‘Parlimentary Reform’ itu peruntukkan diberikan kerajaan untuk pembangkang menjalankan Kabinet Bayangan termasuk menggajikan pegawai penyelidik.

“Kita tak dapat merealisasikan kerana kerajaan menolak ‘Parliamentary Reform’ . Jadi setiap parti dalam Pakatan Rakyat buat sendiri (Kabinet Bayangan) sebab parti tanggung.

“Sepatutnya kerajaan BN menyediakan prasarana dan Parlimen sepatutnya menanggung kos untuk adakan kabinet Bayangan seperti di negara lain,” katanya.

Presiden PKR itu berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP menolak Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat dan mewujudkan Kabinet Bayangan DAP.

Pas juga menolak Kabinet Bayangan PR kerana berpendapat banyak lagi isu lebih besar yang perlu diberi perhatian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.