Followers

Wednesday, May 20, 2015

Tahniah & Syabas ! - Pemuda PAS Serah LIMA BUAH RUMAH Kepada Mangsa Banjir....

Mafiaboss Melayu's photo.Sehingga kini Pemuda PAS telah berjaya menyiapkan dan menyerahkan lima buah rumah kepada mangsa banjir di Kelantan. Namun, tiada program khas atau acara tertentu ketika penyerahan kunci tersebut.

“Serahan kunci dibuat tanpa majlis besar-besaran kerana mereka jauh lebih memerlukan rumah tersebut berbanding publisiti mungkin yang cuba diraih,” coret Suhaizan Kayat dalam facebook miliknya.

Menurut Suhaizan lagi, lima buah lagi dalam proses yang akan siap secara berperingkat. Sementara lima buah lagi dalam proses mencari tapak yang sesuai. 

Akaun Perumahan Rakyat Budiman telah diaudit oleh juru audit luar yang bertauliah. Proses pembinaan rumah dipantau oleh sepasukan tenaga profesional dan pakar yang memberi khidmat nasihat dan pemantauan secara percuma.

“Hasrat saya dan rakan-rakan dalam Pemuda PAS Malaysia untuk membina lebih banyak rumah namun berdasarkan sumbangan yang ada, inilah sahaja rumah yang mampu kami dirikan setakat ini. 

“Sungguh saya berpuas hati melihat wajah-wajah gembira ahli keluarga yang menerima rumah-rumah ini. Inilah hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia kepada mangsa banjir yang disalurkan melalui Pemuda PAS Malaysia selama ini,” ujarnya lagi.

Beliau turut menjemput rakyat Malaysia turun menjengah dan melawat keadaan terkini mangsa-mangsa banjir ini, di samping menyeru menyatakan bahawa masih terlalu banyak sumbangan yang diperlukan oleh mangsa banjir.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.