Followers

Wednesday, May 20, 2015

Adakah orang Bugis atau hanya Najib suka mengungkit? FMT Reporters

 
najibpusaka

Perbuatan Perdana Menteri mengungkit-pemberian kepada rakyat adalah perbuatan terdesak bagi mendapatkan sokongan.

PETALING JAYA : Sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang suka mengungkit sejak kebelakangan ini menunjukkan beliau kehabisan modal untuk berhujah.

Malah, sikap ‘buruk siku’ Najib yang mengungkit pemberian kerajaan kepada rakyat merupakan perbuatan tidak baik dalam masyarakat Melayu.

“Dalam budaya Melayu, perbuatan mengungkit ini dipanggil ‘buruk siku’ dan ia dianggap perbuatan yang tidak baik. Selalunya hanya orang terdesak dan sudah kehabisan modal untuk berhujah saja yang suka melakukan perbuatan ungkit-mengungkit ini.

“Jasa yang lepas biarlah orang lain mengenang, bukan kita memberitahu agar dikenang,” kata bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin menerusi blognya, 

shahbudindotcom.blogspot.com.

Shahbudin berpendapat, tindakan Perdana Menteri mengungkit bantuan dan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perbuatan yang terdesak bagi mendapatkan sokongan.

Beliau berkata, adakah baik perbuatan Najib mengungkit pemberian kepada rakyat terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika ia melibatkan orang miskin dan berpendapatan rendah?

“Bukankah memang tanggung jawab kerajaan memberi perkhidmatan kepada rakyat? Apakah berdosa rakyat bersuara dan meluahkan perasaan mereka.

“Kalau terjumpa orang Bugis sehari dua ini, nanti saya tanyakan soalan, apa ini memang perangai orang Bugis atau hanya Najib satu-satunya Bugis yang ada sifat buruk siku ini,” sindirnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.