Followers

Tuesday, May 5, 2015

Ferrari plat MAT 1 milik bekas Ketua Menteri - FMT Reporters


ferrari MAT1

JPJ mengesahkan Ferrari itu didaftarkan di bawah nama bekas Ketua Menteri tetapi harga yang dibayar untuk nombor pendaftaran itu tidak didedahkan.

KUALA LUMPUR- Sebuah kereta mewah berjenama Ferrari menarik perhatian orang ramai di Jalan Raja Chulan apabila menggunakan nombor pendaftaran unik MAT 1 yang juga boleh diterjemah sebagai MAT1 (Mati).

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta itu didaftarkan di bawah nama seorang bekas Ketua Menteri.

Namun, jumlah harga yang dibayar untuk nombor berkenaan tidak didedahkan.

Dipercayai, nombor pendaftaran unik seperti itu boleh dibeli pada harga mencecah RM80,000.

Pada 2001, nombor pendaftaran ‘SAB4H’ dijual pada harga yang tinggi walaupun angka 4 merupakan taboo kerana ia kedengaran seperti perkataan untuk “kematian” dalam dialek Cina.

Nombor-nombor unik seperti ini terdiri daripada digit tunggal dari 1 hingga 10 dan beberapa aturan menarik seperti 333, 555, 8888, manakala nombor popular ialah 2020 dan 8383.

Pada 2010, nombor pendaftaran kenderaan ‘TAY 1′ yang dikeluarkan oleh JPJ Terengganu mencipta sejarah apabila ia telah dibeli dengan harga RM220,000.

Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie berkata, harga tersebut rekod baharu selepas harga yang dibayar untuk plat ‘TAN 1′ pada harga RM200,090 di samping plat bernombor ‘CUKAI 1 ‘ yang dijual pada harga RM165,000.

Pada 2012, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memperoleh nombor pendaftaran Kuala Lumpur yang ketika itu baru diperkenalkan.

Nombor plat pendaftaran tersebut ialah WWW 5.

Manakala, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berjaya memiliki nombor plat WWW 1 yang diperoleh dengan bayaran RM520,000, menjadikan ia sebagai jumlah yang tertinggi pernah dibeli untuk nombor pendaftaran tunggal bagi tahun tersebut.

Ia menewaskan rekod terdahulu untuk nombor plat MCA 1 yang telah dijual pada harga RM300,100 pada tahun 2010.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.