Followers

Tuesday, May 5, 2015

Pemimpin MCA ditumbuk selepas ceramah FMT Reporters

 
guat-lye

Kejadian berlaku selepas Dr Leong Weng Kuang daripada MCA Kedah selesai menyampaikan ceramah di Taman Kelisa Emas, Seberang Jaya.

PETALING JAYA: Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang, Gui Guat Lye membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Perda setelah beliau dan seorang penceramah MCA diserang tiga lelaki pada Isnin.

Dalam laporannya, Guat Lye mendakwa kejadian jam 9 malam berlaku selepas ceramah awam terbuka Dr Leong Weng Kuang, wakil parti MCA Kedah selesai di Taman Kelisa Emas, Seberang Jaya, lapor bnbbc.com.

Ceramah dihadiri hampir 50 penduduk sekitar dan ketika Dr Leong mahu bersalaman dengan penonton, tiga lelaki bertindak mencaci serta memaki-hamun Dr Leong.

Guat Lye yang cuba mententeramkan keadaan bagaimanapun ditumbuk di bahagian pipi kanan sehingga jatuh dan mengalami luka dan bengkak di jari tangan kiri serta siku kanan.

“Saya cuba mempertahankan penceramah itu, tetapi seorang daripada kumpulan itu menolak saya dan yang lain cuba memukul saya dengan kayu,” katanya.

Bajunya juga koyak di bahagian kolar akibat serangan tiga lelaki berusia sekitar lingkungan 40-an dan dipercayai penduduk taman perumahan tersebut.

Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyerang tersebut.

Jurucakap polis bagi PRK Permatang Pauh, ACP Azmi Adam berkata, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.