SEORANG wartawan penyiasat mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Barack
Obama telah menipu seluruh dunia mengenai pembunuhan pemimpin utama
al-Qaeda, Osama bin Laden.
Seymour Hersh mendakwa Obama menipu dunia mengenai pembunuhan Osama untuk memenangi populariti menjelang pilihan raya 2012.
Hersh juga menjelaskan kerajaan Amerika Syarikat telah membuat
pembohongan, kenyataan salah serta pengkhianatan untuk menyembunyikan
kebenaran.
Menurut artikel yang diterbitkan dalam 'London Review of Books', Hersh
mendakwa tiada kes tembak-menembak berlaku di sebuah rumah di
Abbottabad, Pakistan yang dikatakan telah diserbu tentera Amerika
Syarikat.
Bangunan yang didakwa kediaman Osama ketika ditahan.
Wartawan tersebut juga mendakwa pentadbiran Obama telah berunding dengan
kerajaan Pakistan yang berjaya menahan Osama bertahun-tahun sebelum
ini.
Hersh juga menyatakan, tentera Pakistan telah diarah untuk menyerahkan Osama kepada Tentera Laut SEAL di kawasan kejadian.
Dalam karyanya, wartawan tersebut melabelkan kejadian tersebut sebagai pembunuhan dengan niat.
Laporan tersebut juga menerangkan, satu-satunya peluru yang dilepaskan adalah untuk membunuh Osama.
Penulis itu berpendapat Obama menyimpan kebenaran itu selama setahun
sebelum pilihan raya 2012 untuk meningkatkan kempen dan memenangi
pilihan raya tersebut.
Menurut sumber yang mahu dikenali sebagai 'Pegawai kanan risikan yang
telah bersara' digunakan oleh Hersh dalam artikelnya menerangkan, pihak
White House terpaksa memberi gambaran bahawa misi penangkapan Osama
merupakan operasi yang penting.
"Kenapa perlu membunuh Osama?
"Kisah mengenai pemimpin al-Qaeda dibuat oleh beberapa rangkaian berita
untuk menunjukkan bahawa Osama merupakan isu penting negara itu.
"Pasukan SEAL sepatutnya sudah menjangkakan isu ini merupakan rekaan
politik kerana ia merupakan isu menarik bagi ahli politik," kata bekas
pegawai kanan itu.
Terdapat dakwaan yang menyatakan mayat Osama tidak dikebumikan di laut sebaliknya dihantar ke Afghanistan.
Dakwaan Hersh bagaimanapun telah dinafikan oleh jurucakap pihak White House.
Jurucakap Keselamatan Negara di White House, Ned Price, berkata terdapat
banyak dakwaan yang tidak berasas dan tidak tepat dalam artikel
tersebut.
"Seperti yang telah kami jelaskan, maklumat mengenai operasi ini disebar
terhad kepada pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat sahaja.
"Presiden telah membuat keputusan awal untuk tidak mendedahkan maklumat
tersebut kepada mana-mana kerajaan lain termasuk Pakistan yang hanya
mengetahui tentang operasi itu setelah serbuan itu dilakukan," kata
Price. -Mstar/12/5/15
Duniacacamarba ( DCM )
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.