Pokoknya mereka sama-sama ada buat 'taik'.......bukankah mereka dari keluar dari 'mangkok' yang sama!
1MDB: Tunku Abdul Aziz mahu Mahathir mengaku salah buat u-turn ?
OLEH KUMARA SABAPATTY DI PETALING JAYA:
Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mahu mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaku salah kerana membuat u-turn dalam kenyataannya mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurutnya, sebelum itu, Mahathir mendakwa 1MDB kerugian RM42 bilion tetapi menukarnya dengan mendakwa ia wang pinjaman baru-baru ini. Ia didakwa Tunku Abdul Aziz sebagai tuduhan tidak bertanggungjawab, tidak adil dan tidak beretika.
Mahathir, katanya, perlu meminta maaf kerana membuatkan jemaah menteri tepaksa mengarahkan Jabatan Ketua Audit Negara membuka siasatan dalam perkara itu.
"Tun Mahathir juga membuat u-turn dalam kenyataan berkaitan 1MDB, apabila beliau yang mendakwa 1MDB kerugian RM42 bilion kini dikatakan ia merupakan wang pinjaman.
Beliau harus hentikan tindakan u- turn dan dengan ikhlas dan secara bermoral mengaku kesilapannya dalam segala dakwaan terhadap 1MDB," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Menurut Tunku Abdul Aziz, dalam soal Bank Swiss di Singapura, beliau menggesa Mahathir supaya menunjukkan kepada rakyat surat yang mengatakan bank tersebut menafikan bahawa wang berbilion ringgit itu telah didepositkan oleh 1MDB.
Surat itu cukup untuk membuktikan bahawa pendiriannya dalam isu 1MDB benar dan tidak bersifat sekadar tohmahan.
Dalam masa yang sama beliau menyelar sikap Mahathir yang sibuk meminta bukti daripada pihak berkaitan dalam soal 1MDB tetapi tidak ikhlas terhadap diri sendiri.
"Adakah segala tuduhan yang diletakkan secara terbuka mengenai 1MDB secara terbuka disertai bukti-bukti konkrit dan relevan? ini beliau (Mahathir) perlu jawab," soalnya lagi.
Tunku Abdul Aziz juga mencabar Mahathir yang pernah menjadi Penasihat Petronas dahulu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan semula terhadap anaknya Mirzan dalam isu pembelian syarikat perkapalan.
Ini kerana dakwaan Mahathir sebelum ini kononnya Mirzan telah dipaksa menjual syarikat perkapalan itu kepada Petronas adalah tidak benar, malah Petronas yang dipaksa membeli syarikat perkapalan anaknya dengan nilai pasarannya 15 kali ganda lebih tinggi. "Ketika itu dialah (Mahathir) memimpin negara.
Bukankah ia satu penyalahgunaan kuasa.
Adakah atas sebab yang sama beliau memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jelas tidak menurut kehendaknya dalam hal yag sama?," ujarnya.
Bukan sahaja itu, Tunku Abdul Aziz mendakwa Mahathir juga pernah mendakwa anaknya Mokhzani mendapatkan pinjaman bank untuk menjamin perniagaan berbilion ringgit tetapi ia sebenarnya bukti kemampuan kewangan milik anaknya itu besar kerana ia melibatkan pinjaman wang yang banyak.
"Cuma saya ragu dalam hal ini kerana setahu saya bank hanya menampung 60 peratus pinjaman dan bakinya 40 peratus perlu dilabur sendiri..maka persoalannya dari mana dia (Mokhzani) mampu mendapatkan wang berbilion ringgit merangkumi 40 peratus itu.
"Mahathir sedar anaknya dibenarkan membuat pinjaman bank untuk perniagaan berbilion ringgitnya walhal 1MDB tidak dibenarkan kerana dianggap aset bank.. apakah dia nampak percanggahan 'double standard dalam kedua-dua isu ini,' katanya.
Jusreru, katanya, Mahathir perlu berhenti menuduh 1MDB secara liar kecuali dengan bukti kukuh yang menyokong segala dakwaannya..
"Dia sebagai mantan PM meninggalkan legasi sangat mengkagumkan, dia perlu menjaga reputasi itu dengan berkelakuan rasional terhadap setiap kenyataan dalam soal 1MDB," jelasnya. -
MalaysiaGazette Posted by mountdweller
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.