Followers

Wednesday, April 29, 2015

VIDEO - Kempen ‘Awak Kat Mana’ untuk Najib Mohamad Fadli


rafizi-ramli




PKR dakwa Najib bimbang berdepan dengan pengundi Permatang Pauh.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melancarkan kempen ‘Awak Kat Mana’ khusus untuk Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia dibuat kerana selepas mendakwa Perdana Menteri tidak pernah turun padang sejak kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh bermula 25 April lalu.

“Kami akan lancarkan kempen “Awak kat mana, awak-awak kat mana” ajak Najib turun PRK Permatang Pauh,” katanya di laman Facebooknya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata, Najib sebenarnya bimbang dengan kemarahan rakyat di atas tindakannya melaksanakan Cukai Barangan dan Pekhidmatan (GST) yang dilaksanakan 1 April lalu.

Dia mendakwa tahap penolakan pengundi Permatang Pauh terhadap GST mencecah 75 peratus dan maknanya dari setiap empat pengundi, tiga menolak cukai itu.

Sebelum ini di laman blognya rafiziramli.com, Ahli Parlimen Pandan itu membangkitkan isu yang sama dan mengaitkannya dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, Timbalan Pengerusi BN itu tidak dapat menjelaskan ketiadaan Najib di PRK Permatang Pauh, termasuk gambarnya bersama calon sehingga ia menjadi tanda-tanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.