Followers

Wednesday, April 29, 2015

Serah telefon jika mahu masuk mahkamah - By canang

 
 
 Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah tindakan petugas Jabatan Penjara yang menuntutnya menyerahkan telefon bimbit sebelum bertemu dengan tahanan terbabit.

Rafie Mohd Shafie (gambar) menyatakan bantahan tegasnya di depan hakim ketika perbicaraan di Mahkamah Rayuan Syariah hari ini.
Adakah mahkamah mendapat arahan daripada Jabatan Penjara? Sedangkan mahkamah sivil pun tidak mengenakan syarat begini," katanya.

Menurut Rafie, dia mahu bertemu anak guamnya di mahkamah tetapi dikenakan syarat begitu.

"Mana tahu mereka mungkin meletakkan sesuatu dalam telefon saya," katanya.

Ekoran sekatan itu, kata Rafie, dia gagal bertemu Anwar seperti yang diharapkan.

Hakim Datuk Mahammad Ibrahim mencatatkan bantahan itu tetapi tidak membuat sebarang keputusan.

Pegawai mahkamah dan polis juga melarang wartawan serta orang awam membawa telefon bimbit masing-masing masuk ke dewan perbicaraan.

Bagaimanapun wartawan enggan mengikut araan itu kerana alat berkenaan diperlukan bagi mereka menjalankan tugas.

Rafie mewakili Anwar dalam perbicaraan qazaf hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.